Main Luar Lembah Klang, KLFA Minta MFL ‘Pasang Telinga’ Dengar Masalah Mereka

nokman-mustaffa-klfa-piala-malaysia-mfl-lembah-klang

Cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk empat (4) pasukan di Lembah Klang beraksi di stadium berkecuali di luar Lembah Klang menerima reaksi yang pelbagai.

Antara yang tampil bersuara adalah Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Mereka menyambut baik cadangan tersebut, namun memohon pihak MFL untuk mendengar pula masalah mereka terutamanya berkaitan beban kewangan yang terpaksa mereka tanggung ketika ini.

Kuala Lumpur, Selangor, PJ City FC dan UiTM FC adalah empat pasukan yang bakal terjejas dengan cadangan MFL ini. Dengan sepak mula Piala Malaysia dijangka akan mengambil tempat pada 6 November depan, adakah mereka sudah bersedia? Majlis undian kejohanan pula dijangka akan diadakan 1 November ini.

Mereka tiada masalah untuk meneruskan saingan di Piala Malaysia walaupun kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi kos perbelanjaan pastinya meningkat.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata, “Kita tak ada masalah kalau MFL nak teruskan Piala Malaysia kerana kita sudah ada dana untuk mengharungi saingan itu. Tetapi masalahnya apabila kami tak boleh bermain di tempat sendiri dan bermain di luar, di mana kos perbelanjaan pasukan dah tentu meningkat.”

“Siapa yang nak tanggung kos lebihan itu? Saya harap FAM [Persatuan Bolasepak Malaysia] dan MFL boleh dengar pula masalah kami ini sebab kami dah selalu mengalah,” jelasnya lagi sambil menegaskan Kuala Lumpur bukanlah zon merah.

“Yang banyaknya Selangor tapi disebabkan kami di tengah-tengah, kami terkesan sampai tak boleh berlatih dan terpaksa berlatih di luar dari Lembah Klang,” tambah Nokman lagi kepada Arena Metro mengenai apa yang dihadapi pihaknya ketika ini.

Selain itu, pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid turut senada dan mengharapkan MFL berlaku adil kepada semua pihak. Mereka akur dengan cadangan MFL untuk mengadakan aksi di gelanggang berkecuali buat mereka buat masa ini.

“Tentang isu kewangan bukan hanya terkesan kepada Selangor tetapi juga kepada pasukan lain contohnya Sabah yang jauh. Kalau MFL boleh bantu bagus juga untuk kita,” ujarnya mengenai masalah kewangan sekiranya beraksi di luar Lembah Klang.

KREDIT FEATURED IMAGE: STADIUM ASTRO

Baca lagi artikel mengenai KLFA dan Piala Malaysia:

Irfan Bakti: TM Piala Malaysia 2020 Wajar Diteruskan

Wong Kam Fook Pernah Cuba Disogok RM300,000 Pada Final Piala Malaysia 1970

Skuad Juara Piala Malaysia 2000, Di Mana Mereka Kini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN