Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Mungkin melihatkan segalanya sudah lancar buat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menarik semula hasratnya untuk meletakkan jawatan selaku Presiden persatuan tersebut pada hari ini.
Memetik laporan Bernama, keputusan tersebut dibuat selepas menyedari kedudukan beliau sebagai Menteri Besar sebenarnya mempunyai peranan yang amat penting kepada pembangunan bola sepak di negeri utara tanah air itu.
Katanya lagi, pemisahan antara persatua bola sepak (FA) dengan kelab bola sepak (FC) akan mewujudkan senario baharu di mana beliau tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh secara langsung ke atas pasukan yang akan bertanding di Liga Malaysia (Liga-M).
“Saya tarik balik surat letak jawatan…(menteri besar) ada fungsi yang sangat besar dalam sukan bola sepak di Kedah ini untuk diberi perhatian serius,” katanya ADUN Jeneri itu.
Sanusi sebelum ini telah menyatakan dalam akaun media sosialnya beliau akan menyerahkan jawatan presiden kepada pihak yang lain yang lebih layak untuk memajukan KFA.
'Ramai Yang Lebih Layak' – MB Kedah Sedia Lepas Jawatan Presiden KFA https://t.co/cgiorbwEFT pic.twitter.com/vmrNvtMiMt
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 1, 2020
Beliau dilaporkan telah pun menghantar surat perletakan jawatannya namun ditolak oleh jawatankuasa KFA kerana telah banyak menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan tersebut terutamanya berkenaan tunggakan gaji.
“Ada orang cakap pada sesi depan FA tak ada dah.., (tetapi sebenarnya) masih ada lagi FA. Pihak saya melalui Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) sudah bersetuju untuk membeli 80 peratus saham dalam Darulaman FC, manakala 20 peratus lagi akan dimiliki oleh KFA.
“MBI kini sedang berunding dengan beberapa pihak untuk menubuhkan konsortium dan 80 peratus itu akan dikongsi dalam kalangan (peserta) konsortium itu,” katanya.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
KFA Umum Nama Rasmi Kedah Darul Aman, Lancar Pertandingan Cipta Logo Baharu
Camilo da Silva, Daniel Amier Bakal Perkuatkan JDT Musim Hadapan
Annuar Musa Diingatkan Yang Sukan & Politik Adalah 2 Entiti Yang Berbeza