Skip to content
Menu
  • Membership
  • Rewards
  • KATEGORI
    • Liga Malaysia
    • Berita
    • Kajian & Fakta
    • Temuramah
    • Analisis Taktikal
    • Komuniti
    • Lifestyle

KFA Umum Nama Rasmi Kedah Darul Aman, Lancar Pertandingan Cipta Logo Baharu

  • Al-Zaim Arzaman
  • / October 21, 2020
  • / 9:43 PM
  • / Berita
Mohd Firdaus Ahmad Setiausaha Kehormat KFA Kedah
Follow Telegram Semuanya BOLA
Perhatian Sebentar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Klik butang di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

KLIK UNTUK SUMBANGAN

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) petang tadi menerusi Setiausaha Kehormat, Mohd Firdaus Ahmad mengumumkan nama baharu kelab bola sepak Kedah musim depan.

Ia akan dikenali dengan nama Kedah Darul Aman (KDA) dan KFA selaku pemilik tunggal saham kelab telah bersetuju untuk menjual 80 peratus sahamnya kepada Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dengan baki 20 peratus kekal milik KFA.

Selepas pengumuman tersebut, laman Facebook rasmi pasukan, FA Kedah seterusnya telah melancarkan pertandingan mencipta logo baharu untuk digunakan mereka pada saingan musim depan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober depan.

𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗢𝗚𝗢 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗕𝗢𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟱,𝟬𝟬𝟬

𝐋𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐈𝐭 𝐔𝐩, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐚𝐧!#KedahFA #KFA #KedahDarulAman #KDA pic.twitter.com/uAJFOIFdRN

— Official_KedahFA (@official_kfa) October 21, 2020

Logo yang digunakan Kedah ketika ini adalah perubahan yang dilakukan oleh bekas Presiden, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pada tahun 2014. Ia merupakan kali ke-4 logo Kedah berubah pada ketika itu dan kini, dengan pertukaran status pasukan daripada FA ke FC, logo pasukan Kedah dilihat bakal berubah wajah sekali lagi.

Walaupun sebelum ini tular sebuah logo yang dikatakan milik pasukan Kedah musim hadapan, nampaknya ia hanyalah logo syarikat yang menguruskan Kedah DA iaitu Darulaman FC Sdn Bhd. Logo tersebut menerima kecaman bertubi-tubi daripada segenap penyokong skuad Helang Merah ketika ianya menjadi tular.

Kini, dengan pengumuman yang dibuat oleh KFA, nampaknya para penyokong Kedah berpeluang untuk mencipta logo yang mereka idamkan. Cuma tidak dipastikan gelaran yang akan digunapakai selepas ini. Adakah ianya kekal Helang Merah atau akan ada perubahan. Untuk rekod, Kedah pernah dikenali dengan sebagai Sang Kenari.

Tiada lagi sang Kenari. Kini Kedah FA bertukar ke Sang Helang!! pic.twitter.com/Np1BuQLmYg

— Nizam awaydays Saigon AFC Cup (@NizamArchibald) December 17, 2013

Walaupun burung kenari tidak terdapat dalam logo asal pasukan, ia tetap mempunyai sentimental value bagi penyokong -penyokong Kedah era semi pro. Bersama logo dan maskot Kenari itulah Kedah pernah memenangi kejuaraan treble berganda pada musim 2007 dan 2008. Sejarah yang belum dipintas mana-mana pasukan.

Namun, dalam syarat penyertaan mencipta logo baharu tersebut jelas dinyatakan tidak dibenarkan penggunakan simbol binatang. Ia mungkin bakal mengembalikan logo yang seakan-akan logo lama tanpa sebarang simbol binatang. Begitupun, peserta dibenarkan memasukkan sebarang simbol mempunyai unsur Kedah.

Selain itu, menariknya, satu unsur yang diwajibkan untuk diletakkan dalam logo itu adalah 17 butir padi. Menurut kenyataan KFA, ia diambil dari setangkai butiran padi dari jata bendera Kedah dan juga bermaksud jumlah rakaat dalam 5 waktu solat sehari.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai KFA dan Kedah:

Bila KFA Akan Buat Keputusan Mengenai Tawaran Koperasi Anak Kedah?

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Baddrol Bakhtiar, Lagenda Hidup Kedah Yang Telah Beraksi Dalam Semua Pertandingan

 

PrevSebelumWijnaldum: Kekasaran Pickford Terhadap Van Dijk ‘Sangat Bodoh’
TerkiniMB Kedah Buat ‘U-Turn’, Tak Jadi Letak Jawatan Presiden KFANext

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Semuanya Bola Sejak 2014
Hak Cipta ©  SuperBytes International Sdn Bhd (1179367-U)