Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah memberi amaran kepada pemain-pemain United yang telah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan supaya bekerja keras untuk kembali tampil dengan prestasi terbaik mereka.
Tegas pengendali berusia 47 tahun itu, kerjanya di kelab tersebut bukan untuk membuat semua pemain gembira tetapi adalah untuk memastikan hanya pemain terbaik sahaja yang diturunkan bagi mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.
Beberapa pemain kini dilaporkan akan meninggalkan kelab berkenaan kerana dilihat tidak lagi diperlukan di Old Trafford dengan Andreas Pereira, Chris Smalling, Phil Jones, Marcos Rojo dan Sergio Romero masih belum disenaraikan dalam dua perlawanan awal United pada musim baharu ini termasuk ketika kemenangan 3-0 ke atas Luton dalam saingan Piala Carabao tempoh hari.
Manchester United could be set to sell as many as six established players this summer 💰
— GOAL India (@Goal_India) April 4, 2019
[Source: Sky Sports News] pic.twitter.com/TgD3spjnP8
Kegagalan United untuk menjual pemain sepanjang tempoh perpindahan musim panas ini dikatakan berpunca daripada aktiviti pembelian yang perlahan dengan Donny van de Beek menjadi satu-satunya pemain yang berjaya dibawa masuk oleh Ed Woodward.
Ianya jauh berbeza dengan beberapa pesaing EPL yang lain sepeti Chelsea, Wolverhampton Wanderers dan Leeds United yang begitu aktif mendapatkan pemain-pemain baharu bagi mengukuhkan pasukan untuk musim 2020/21 ini.
“Pemain akan gembira apabila mereka dapat main dan menang perlawanan. Saya juga gembira bila mereka bermain dengan baik dan menang. Tetapi bukan tugas saya untuk pastikan semua pemain dalam pasukan ini gembira,” ujar Ole dalam temubualnya bersama SkySports.
“Tugas saya adalah memilih pemain terbaik untuk United mendapatkan keputusan yang positif. Semuanya bergantung kepada mereka untuk sentiasa cergas, bekerja keras dan bersedia apabila diperlukan.”
"It's not my job to keep players happy"
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) September 25, 2020
Ole Gunnar Solskjaer says he's not bothered about upsetting players when he picks his Man United squad #MUFC pic.twitter.com/dfD8tinnOx
Smalling yang beraksi dengan baik ketika dipinjamkan selama semusim di Roma dilaporkan akan kembali menyertai kelab Itali tersebut, namun menurut Solskjaer pihak kelab masih belum menerima tawaran yang serius untuk pemain pertahanan berusia 30 tahun itu.
Sementara itu, ejen Jesse Lingard dilaporkan telah mula berundingan dengan beberapa kelab di England dan Eropah bagi membolehkan pemain tengah berusia 27 tahun itu mendapatkan minit permainan yang lebih baik di tempat lain sekalipun Solskjaer masih mahu beliau terus kekal.
Bahagian tengah United kini telah pun dibarisi oleh deretan pemain bintang dengan Bruno Fernandes, Paul Pogba dan Van de Beek telah pasti menjadi pilihan utama sementara Scott McTominya, Nemanja Matic dan Fred bersedia sebagai sandaran.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: