5 Perkara Untuk Musim Baharu Barcelona, Apa Yang Boleh Dijangka?

lionel-messi-ansu-fati-barcelona-2019-20

Panik keinginan kapten, Lionel Messi mahu berhijrah sudah berakhir, tetapi musim tanpa trofi yang dilalui Barcelona masih perlu dibaiki menjelang saingan baharu.

Musim lalu ditutup Barcelona dengan kekalahan memalukan di peringkat suku akhir Champions League, tumbang 2-8 kepada Bayern Munich – terburuk sejak 69 tahun lalu, selain kali pertama mereka melepaskan lapan gol sejak tahun 1946.

Kembali sebagai juara La Liga

Jadi, apa yang boleh kita jangkakan untuk musim 2020/21? Yang pertamanya adalah mereka akan kembali sebagai juara La Liga. Kenapa? Berdasarkan statistik, setiap kali mereka gagal, musim selepas itu mereka akan kembali menjuarainya.

Sejak 10 musim lalu, Barca telah memenangi enam gelaran dengan Real Madrid dan Atletico Madrid dilihat adakalanya mencuri seketika kejuaraan mereka. Namun, mereka akan kembali menang dengan bergaya pada musim berikutnya.

10 tahun la liga messi
FOTO: Squawka.com

Perubahan barisan pemain utama

Ini tidak sukar untuk dijangka. Kemasukkan pengendali baharu, Ronald Koeman akan mengubah senario di Barcelona. Walaupun beberapa pemain otai masih bersama pasukan, dijangkakan akan berlaku rombakan dalam senarai pemain.

Ivan Rakitic sudah sah menyertai Sevilla, Luis Suarez dan Arturo Vidal pula dijangka bakal turut serta meninggalkan kem Barcelona. Sergio Busquets atau Jordi Alba, walaupun mungkin kekal, tiada jaminan akan berada dalam senarai utama.

Jadi, siapa bakal menjadi tunjang baharu pasukan untuk mendepani musim-musim mendatang? Frenkie de Jong, Ousmane Dembele dan Junior Firpo dilihat antara calon muka-muka yang bakal menghiasi kesebelasan utama mereka.

Ini tidak termasuk dengan pemain-pemain baharu yang mungkin akan dibawa masuk oleh mereka. Antara yang dilihat menjadi sasaran mereka kali ini adalah Memphis Depay dan Georginio Wijnaldum. Dan jangan lupa, Philippe Coutinho!

Pemain muda bakal curi perhatian

Tidak dinafikan Barcelona memiliki produk pemain-pemain muda yang berbakat. Namun, amat jarang sekali untuk kita melihat mereka berjaya di peringkat tertinggi bersama Barcelona sebagaimana Lionel Messi atau Sergio Busquets.

Rasanya penyokong tidak sabar untuk melihat sentuhan pemain muda yang mereka miliki seperti Ansu Fati, Riqui Puig dan Carles Alena. Selain itu, pemain bukan produk La Masia seperti Pedri dan Francisco Trincao juga dijangka akan tampil.

Antoine Griezmann terus dibayangi Messi

Pemain yang sentiasa dibayangi Lionel Messi ini nampaknya akan terus melalui musim kurang memberangsangkan bersama Barca. Griezmann mungkin pada awalnya gembira dengan khabar pesaing posisinya itu akan pergi.

Tetapi ianya tidaklah terlalu lama untuk mengetahui yang akhirnya, Lionel Messi kekal bersama mereka dalam ceritera perpindahan pendek dan beliau akan terus mencari tempatnya bersama juara 26 kali La Liga itu musim hadapan.

Musim terakhir Messi

Ya, sudah Lionel Messi katakan yang ini merupakan musim terakhirnya bersama Barcelona. Beliau kekal dalam terpaksa akibat ceritera yang berkesudahan dengan klausa perlepasan yang sangat besar iaitu sebanyak £624 juta.

Beliau bukan hanya kecewa dengan musim yang teruk tetapi ketiadaan atau kegagalan projek jangka panjang yang dilaksanakan oleh Barca. Apa sahaja yang berlaku musim ini – menang La Liga contohnya, tidak akan mengubah situasi.

Melainkan berlaku perubahan dalam Board Barcelona yang nampaknya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Oleh itu, beliau akan melangkah keluar daripada kelab sebagai pemain paling hebat dalam sejarah Barcelona.

Penutup

Itu adalah antara lima perkara yang boleh dijangkakan menjelang saingan La Liga musim 2020/21 untuk Barcelona. Adakah kita akan melihat skuad yang lebih segar, muda, pantas dan tentunya menarik untuk saingan musim depan?

Apa lagi yang boleh kita saksikan daripada Barcelona musim hadapan? Kehebatan Philippe Coutinho? Nyatakan di ruangan komen pendapat anda.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN