England Tetap Senaraikan Maguire, Panggilan Pertama Buat Greenwood, Foden & Phillips

England Maguire Southgate

Kapten Manchester United, Harry Maguire tetap dipanggil untuk bersama skuad England bagi tugasan antarabangsa sekalipun baru sahaja dilepaskan oleh polis Greece ekoran terlibat dengan pergaduhan di Mykonos baru-baru ini.

Gareth Southgate menyenaraikan skuad pertamanya untuk tahun 2020 bagi menghadapi saingan Liga Negara-Negara Eropah bertemu Iceland dan Denmark pada awal bulan depan.

“Ianya jelas keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan saya membuat keputusan berdasarkan maklumat yang saya ada,” ujar Southgate dalam sidang media selepas mengumumkan barisan pemainnya.

“Saya telah bercakap dengan Harry, saya sudah mendengar cerita dari pihaknya yang mana sangat berbeza dengan apa yang telah dilaporkan oleh kebanyakan media. Namun sekiranya fakta atau maklumat itu berubah, maka saya akan kembali menyemak keputusan ini.

Bagaimanapun, pengurus England tersebut mengatakan Maguire tetap kesal apabila insiden tersebut telah memberi kesan negatif kepada pasukan.

Sementara itu, penyerang muda sensasi United, Mason Greenwood, perancang tengah City, Phil Foden dan pemain tengah Leeds United, Kalvin Phillips masing-masing mendapat peluang untuk membuat debut di peringkat antarabangsa apabila dipanggil buat kali pertama bersama skuad senior.

Penjaga gol, Dean Henderson yang baru sahaja kembali ke United selepas menikmati musim hebat sepanjang dipinjamkan ke Sheffield United turut disenaraikan bersama Nick Pope serta penjaga gol pilihan utama, Jordan Pickford.

Namun segelintir penyokong England agak kecewa apabila kapten Aston Villa, Jack Grealish tidak dipanggil untuk kali ini selain pemain pertahanan Burnley, James Tarkowski.

Apa yang agak mengejutkan, Southgate tidak menyenaraikan seorang pun pemain pertahanan kiri selepas Ben Chilwell dan Luke Shaw mengalami kecederaan. Kemungkinan Kyle Walker atau Kieran Trippier akan mengisi tempat tersebut.

England yang tidak beraksi sejak November 2019 akan berkunjung ke Iceland pada 5 September sebelum berdepan Denmark di Copenhagen tiga hari kemudian.

Skuad penuh:

Penjaga gol: Dean Henderson, Jordan Pickford, Nick Pope

Pertahanan: Trent Alexander-Arnold, Eric Dier, Joe Gomez, Michael Keane, Harry Maguire, Tyrone Mings, Kieran Trippier, Kyle Walker

Tengah: Phil Foden, Mason Mount, Kalvin Phillips, Declan Rice, James Ward-Prowse, Harry Winks

Pennyerang: Tammy Abraham, Mason Greenwood, Danny Ings, Harry Kane, Marcus Rashford, Jadon Sancho, Raheem Sterling

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

Wayne Rooney Jadi ‘Pengurus England’ September Ini

Solskjaer Yakin Greenwood Sudah Sedia Dipanggil Skuad Senior England

‘Tidak Realistik’ – Southgate Jelaskan Haaland Bukan ‘Tercipta’ Untuk England

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN