Manchester United dilaporan telah berjaya mendapatkan remaja berbakat, Isak Hansen-Aaroen yang berusia 16 tahun dari kelab liga divisyen 1 Norway, Tromso IL.
Perkembangan Hansen-Aaroen telah pun dipantau oleh United sejak tahun lepas dan perlu menunggu sehingga usianya genap 16 tahun pada bulan ini untuk mengikat kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.
Beraksi di posisi penyerang, beliau membuat debut bersama skuad utama ketika berusia 15 tahun dan 319 hari untuk menjadi pemain paling muda untuk beraksi bersama Tromso pada bulan lepas.
#mufc have signed Norwegian prospect Isak Hansen-Aaroen from Tromso. He became Tromso's youngest player for their first team in July aged 15 yr 319 days. United agreed a deal to sign him last year and formally confirmed the deal after he turned 16 yesterday. [mail] #mulive #RS pic.twitter.com/GcrfLtRAs9
— Red Devil Updates (@reddupdates) August 23, 2020
Tromso mengesahkan perpindahan tersebut di akaun Instagram mereka pada Jumaat dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain tersebut yang akan melalui fasa baharu dalam kariernya.
“Pemain muda yang menyenangkan dengan bakat unik yang sangat cintakan permainan bola sepak,” tulis kelab tersebut.
“Dia datang ke Tromso dari Floya dan menyertai akademi pada usia 10 tahun. Belajar di sekolah Tromso dan melakukan debut untuk skuad utama pada usia 15 tahun. Dia juga menyumbang bantuan gol dalam perlawanan terakhir bersama Tromso.”
This 14 year old Norwegian boy, Isak Hansen Aaroen are supposed to be close to joining Man United. His favourite team is United and he said this would be a dream.
— United DNA (@_UnitedDNA) January 16, 2019
He caught United eyes in the Audi Cup in Denmark. He also been linked with Liverpool.He looks like a proper player. pic.twitter.com/4Ywaandn0Z
“Terima kasih untuk sepuluh tahun yang telah berlalu dan semoga meraih kejayaan di Manchester United dan sepanjang karier. Kami berharap kamu akan menikmati masa kamu di sana, semoga berjumpa lagi.”
Hansen-Aaoren sebelum ini pernah menjalani sesi percubaan dengan Liverpool dan Everton, tetapi beliau akhirnya terpilih untuk menyertai akademi Manchester United bagi meneruskan pembangunan bakatnya.
Kejayaan mendapatkan pemain muda Norway tersebut mungkin sedikit sebanyak dapat mengubati kegagalan Solskjaer mendapatkan bekas ‘anak didiknya’, Erling Haaland yang berhijrah ke Borussia Dortmund pada Januari lalu.
Sebelum ini United telah pun mengumumkan ketibaan kumpulan pertama pemain muda skuad bawah 18 tahun (B-18) untuk musim depan dengan terdapatnya beberapa nama baharu seperti Loga Pye, Joe Hugill dari Sunderland serta Radek Vitek dari kelab Republick Czech, Sigma Olomouc.
Pengumuman kedatangan Hansen-Aaroen kemungkinan akan disertai oleh pemain akademi La Masia, Marc Jurado serta pertahanan kiri dari akademi Real Madrid, Alvaro Fernandes.
Marc Jurado Tolak Kontrak Dengan Barca, Bakal Sertai Manchester United https://t.co/GhU9t5YFfy pic.twitter.com/GRNOHHkI9O
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 7, 2020
United kini dipercaya sedang menyelesaikan segala urusan dokumentasi sebelum membuat pengumuman rasmi di laman web serta akaun media sosial mereka dalam masa terdekat.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: