Kylian Mbappe Puji Kerja Luar Biasa Pasukan Perubatan PSG

Kylian Mbappe

Kemasukan Kylian Mbappe yang menggantikan Pablo Sarabia di separuh masa kedua pada aksi Paris Saint-Germain (PSG) menentang Atalanta, awal pagi tadi nyata menambah kekuatan jentera serangan kelab gergasi Perancis itu.

Kelincahannya nyata berjaya mengkucar-kacirkan unit pertahanan skuad bimbingan Gian Piero Gasperini meskipun Mbappe tidak berupaya untuk menjaringkan gol.

Namun, bukan soal menjaringkan gol atau tidak yang mencuri tumpuan ramai tetapi kembalinya Mbappe beraksi selepas mengalami kecederaan buku lali pada 24 Julai lalu nyata memeranjatkan.

Mbappe mengalami kecederaan buku lali selepas beliau diterjah dengan keras pemain Saint-Étienne, Loic Perrin pada aksi final French Cup yang mana menyaksikan Perrin diperintah keluar padang susulan kekasaran tersebut.

Laporan sebelum ini menyebut Mbappe berkemungkinan akan berehat selama tiga minggu dan berkemungkinan besar bakal terlepas perhitungan penting Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atalanta ini.

Bagaimanapun, kerja keras daripada pasukan perubatan PSG yang disifatkan sebagai melakukan tugasan luar biasa telah membolehkan Mbappe memberikan sumbangan bermakna pada perlawanan awal pagi tadi itu.

Dalam pada itu, Mbappe yang kini berusia 21 tahun turut memuji usaha keras yang dipamerkan oleh barisan pasukan perubatan dalam membantunya berada dalam keadaan baik untuk pulih daripada kecederaan tersebut.

”Anda tidak perlu bercakap kepada saya tentang kesakitan,” ujar Mbappe menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Terima kasih tak terhingga kepada barisan pegawai perubatan yang membantu pemulihan saya, tiada siapa yang mempercayainya kecuali kami.”

”Tahniah kepada seluruh kumpulan [PSG], kami mahu untuk mendapatkannya [trofi Liga Juara-Juara Eropah].”

Kempen 2019/20 menjadi musim yang baik buat Mbappe walaupun saingan Ligue 1 ditamatkan dengan lebih awal berikutan wabak COVID-19 berikutan kejayaannya muncul penjaring terbanyak saingan liga tersebut selepas berjaya menjaringkan 18 gol.

Mbappe sebenarnya berkongsi jumlah jaringan bersama penyerang AS Monaco, Wissam Ben Yedder, tetapi beliau telah dinobatkkan selaku pemenang kerana berdasarkan statistik lebih banyak menjaringkan gol dari ‘open play’.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kylian Mbappe:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN