EPL: Arsenal, Leicester City ‘Lingkup’

EPL Leicester City Arsenal

Perebutan slot ke kejohanan Eropah menjadi semakin menarik selepas Leicester City yang berada di kedudukan empat teratas tewas 4-1 kepada pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.

Bournemouth yang ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama bangkit mengubah keputusan perlawanan dengan menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua yang turut menyaksikan pertahanan Leicester City, Caglar Soyuncu dilayang kad merah.

Gol ke-23 Jamie Vardy dalam saingan musim ini hanya betahan sehingga minit ke-66 selepas Bournemouth diberikan sepakan penalti berpunca daripada penjaga gol, Kasper Schmeichel yang tersilap membuat hantaran rendah menyebabkan Bournemouth mendapat sepakan penalti.

Junior Stanislas yang mengambil sepakan penalti menyamakan kedudukan 1-1 dan hanya seminit selepas itu Dominic Solanke menyumbat gol kedua dan kemudian Soyuncu membuat tindakan bodoh menyepak kaki Calum Wilson yang cuba mengambil bola di dalam gawang gol.

Pengadil yang melihat dengan jelas insiden tersebut tanpa membuang masa melayangkan kad merah kepada pemain Turki tersebut.

Bournemouth terus menambah luka pasukan pelawat pada minit ke-83 apabila percubaan Stanislas terbias ke kaki Jonny Evans dan masuk ke gawang sendiri sebelum Solanke melengkapkan kemenangan bergaya Bournemouth dengan gol keempat pada hujung perlawanan.

Bournemouth akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam 10 perlawanan tetapi masih berada di tangga ke-18 liga, tiga mata di belakang Warford.

Sementara itu, Arsenal yang masih bergelut di tangga pertengahan liga turut tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspur dalam derbi utara London hasil jaringan pada hujung permainan oleh Toby Alderweireld.

Gol pendahuluan Arsenal menerusi rembatan ‘roket’ Alexandre Lacazette pada minit ke-16 hanya bertahan tiga minit sahaja apabila kesilapan Sead Kolasinac yang membuat hantaran kebelakang gagal dibaca oleh David Luiz.

Son Heung-min bijak mengambil kesempatan dengan merampas bola dan menyungkit bola melepasi penjaga gol pelawat Emiliano Martinez.

Sembilan minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan, Alderweireld mengesahkan kemenangan Spurs dengan tandukan hasil hantaran Son dari sepakan penjuru untuk memastikan pasukannya memintas Arsenal untuk berada di tangga kesembilan, dua mata mengatasi skuad The Gunners.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Perdana Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN