Mason Greenwood Mampu Jadi Bintang Utama England Di EURO 2020

Mason Greenwood

Adakah sudah tiba masanya untuk Mason Greenwood untuk terus menyinar?

Pemain muda Manchester United itu jelas sekali menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan beliau juga membentuk keserasian yang cukup baik bersama-sama Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Kini, dilihat sudah tiba masanya untuk Greenwood untuk mendaki satu lagi cabaran iaitu bersama skuad kebangsaan England.

Bekas pemain England dan Newcastle United, Alan Shearer mengatakan yang Greenwood mempunyai peluang cerah untuk menjadi antara pemain utama yang membarisi skuad The Three Lions ketika EURO 2020.

Sebelum ini, Shearer mengakui yang beliau berasa yang Greenwood hanyalah sekadar pemain yang hanya akan dipilih pada saat-saat akhir oleh Gareth Southgate.

Tetapi kini, beliau berasakan yang Greenwood sudah boleh menjadi pemain wajib untuk dibawa ke EURO 2020 kelak.

“Pada Januari lalu, saya jangakakan Greenwood hanya akan menjadi pemain wildcard apabila kejohanan EURO 2020 yang akan berlangsung pada musim panas ini.”

“Tetapi penangguhan kejohanan tersebut selama setahun sebenarnya memberikan rahmat untuk Greenwood dan saya pasti Gareth Southgate akan memerhatikan pemain itu dengan penuh perhatian,” kata Shearer menerusi laman TalkSport.

Greenwood kini jelas memberikan nafas segar buat Manchester United dengan pemain itu telah menjaringkan 15 gol untuk kelabnya musim ini.

Dengan prestasi itu, Solskjaer juga mengakui yang pemain itu sendiri sudah bersedia untuk bermain untuk negaranya apabila tiba masanya.

Saingan EURO 2020 akan dilangsungkan di serata Eropah dengan kejohanan ditangguhkan ke tahun 2021 akibat wabak pandemik Covid-19.

Nama kejohanan dikekalkan sebagai EURO 2020 dan tidak sebagai EURO 2021.

Baca juga artikel kami mengenai Mason Greenwood:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN