Jose Mourinho Gembira Tengok Son & Lloris Bergaduh

Jose Mourinho

Walaupun Tottenham Hotspur berjaya merakamkan kemenangan ke atas Everton dalam aksi Premier League semalam, namun ada satu insiden yang menarik perhatian dari perlawanan itu.

Ketua pasukan, Hugo Lloris dan pemain sayap Son Heung-min didapati mengalami pengtengkaran semasa rehat separuh masa.

Dalam perjalanan menuju ke terowong, kedua-dua pemain tersebut dilihat bertekak sesama sendiri dengan rakan sepasukan mereka yang lain terpaksa meleraikan pergelutan tersebut daripada menjadi lebih melarat.

Bercakap mengenai insiden tersebut, pengurus Tottenham Hotspur iaitu Jose Mourinho tetap tenang melihat situasi yang berlaku melibatkan dua pemainnya.

Beliau menganggap perkara tersebut sebagai suatu kejadian yang “indah”.

Pada hemat Mourinho, apa yang berlaku ini adalah disebabkan oleh keputusan beliau yang mahukan para pemainnya lebih kritikal antara satu sama lain di atas padang.

“Jika anda mahu salahkan seseorang, salahkan saya. Saya begitu kritikal kepada mereka kerana pada saya mereka tidak begitu kritikal terhadap diri mereka sendiri.”

“Saya minta mereka untuk berikan lebih lagi. Saya minta mereka untuk berikan semangat berpasukan kepada rakan-rakan merek yang berada dalam tekanan,” kata Mourinho menerusi laman Sky Sports.

Bagi Lloris pula, apa yang terjadi itu biarlah melibatkan sesama pasukan mereka sahaja dan tidak perlulah orang luar untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam.

“Apa yang berlaku itu [pergaduhan Son-Lloris] hanya mereka di dalam bilik persalinan sahaja yang tahu. Orang luar boleh kata apa saja yang mereka mahu.”

“Apa yang berlaku antara saya dengan Son adalah sebahagian daripada bola sepak kadang kala. Tiada masalah pun. Di akhir perlawanan, anda semua lihat kami lebih gembira.”

Lloris dikatakan berang dengan tindakan Son yang tidak turun semula ke bawah untuk membantu pertahanan sebelum tamat separuh masa pertama. Ketika itu, Everton sedang melakukan serangan ke gawang mereka.

Tottenham Hotspur menang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain Everton, Michael Keane pada minit ke-24.

Baca juga artikel kami mengenai Jose Mourinho:

Leave a Reply