Pemain muda Chelsea Callum Hudson-Odoi disahkan telah dilepaskan dari sebarang tuduhan mengenai kes rogol yang disiasat oleh pihak polis sebelum ini.
Pemain berusia 19 tahun itu ditahan pada 17 Mei lalu sekitar jam 4 pagi selepas pihak polis menerima panggilan dari seorang model pakaian dalam yang mendakwa dirinya ‘dicederakan’ dan berada di rumah milik pemain England tersebut.
Hudson-Odoi memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh siasatan dan kemudian dibebaskan setelah diikat jamin.
Callum Hudson Odoi now cleared of any wrong doing, and a lesson to those who wanted to use a serious situation to fuel their campaign against him. The one's who kept their mouths shut and remained professional have come out of this looking like Kings.
— MAH (@matissearmani) June 13, 2020
Let's go starboy. pic.twitter.com/t91hE470Kn
“Ketika berlaku perkara-perkara besar di seluruh dunia ketika ini, kamu juga mungkin ada mendengar tuduhan serius yang dibuat ke atas saya,” kata Hudson-Odoi dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Twitter miliknya.
“Saya telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri mengenai kes tersebut dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis menerusi siasatan yang dijalankan. Saya tahun akan tiba masanya nama saya akan dibersihkan.
“Ekoran daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas saya selepas ini.”
Menurut laporan BBC, Polis Metropolitan yang mengeluarkan kenyataan mengenai kes tersebut mengesahkan kes tersebut telah ditutup dan tiada tindakan lanjut.
“Insiden itu tidak lagi disiasat oleh pihak polis.”
Enough is Enough! We are all HUMANS!! Together we are stronger. #BlackLivesMatter ✊✊🏻✊🏼✊🏽✊🏾✊🏿 pic.twitter.com/o6i6qiUv9K
— Callum Hudson-Odoi (@Calteck10) June 2, 2020
Hudson-Odoi yang telah mengumpul 3 kaps bersama skuad kebangsaan England telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun dengan Chelsea. Beliau juga adalah pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama yang disahkan positif wabak yang melanda di seluruh dunia ketika ini.
“Saya mahu menggunakan platform ini untuk berterima kasih kepada semua orang yang berdiri di belakang saya dan terus memberi sokongan sepanjang tempoh sukar ini.
“Saya telah menerima satu pengajaran bahawa menjadi pemain bola sepak dan bermain untuk sebuah kelab besar datang dengan tanggungjawab yang besar. Pada masa akan datang, saya akan gunakan platform sebagai pemain Chelsea untuk menjadi contoh ikutan yang baik untuk masyarakat.”
Chelsea setakat ini enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.