Quantcast

BERITA

Keluarga Inspirasi Kebangkitan Callum Hudson-Odoi

Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi mendedahkan bahawa beliau takut memikirkan masa depan kariernya selepas mengalami kecederaan Achilles pada musim lalu.

Pemain berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan tersebut pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19 bertemu Burnley di Stamford Bridge dan terpaksa diketepikan sehingga awal musim panas yang lalu.

”Saya tertanya-tanya adakah saya akan kembali beraksi semula. Itulah perkara pertama yang bermain di minda saya. Saya tahu bahawa saya telah melakukan perkara yang sangat serius, jadi saya merasa cukup risau tetapi keluarga sentiasa memberikan saya keyakinan untuk kembali seperti biasa.”

”Terdapat beberapa hari apabila saya pergi ke sesi latihan, saya begitu sedih dan kecewa kerana hanya mampu melihat rakan sepasukan menjalani latihan dari luar dan saya hanya mahu menyertai mereka.”

”Jadi, saya menghadapi hari yang gelap, tetapi pada masa yang sama saya juga menikmati hari yang begitu positif.”

”Saya telah diketepikan tiga atau empat bulan. Ia sesuatu yang memerlukan saya berurusan dengan mental kerana saya tidak pernah memiliki pengalaman mengalami kecederaan sedemikian.”

”Saya gembira dapat kembali beraksi. Saya tidak menjangkakan dapat mencipta bantuan jaringan dan menjaringkan satu gol. Diharapkan saya dapat terus meningkatkan prestasi dan menambah jaringan.”

Callum Hudson-Odoi kembali membuat penampilan bersama Celsea pada aksi Piala FA bertemu Grimsby yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan satu gol dan beraksi buat pertama kali dalam saingan EPL ketika The Blues menundukkan Brighton and Hove Albion 2-0 di laman sendiri.