Emery Dedahkan Bengang Dengan Perangai Ozil

Unai Emery Mesut Ozil

Bekas pengurus Arsenal, Unai Emery mengkritik sikap dan komitmen Mesut Ozil sewaktu beliau masih mengendalikan kelab London tersebut.

Dalam satu temubual bersama Sky Sports, beliau turut mendedahkan bagaimana hampir keseluruhan pemain The Gunners tidak mahu pemain Jerman itu dilantik sebagai kapten pasukan.

Emery telah dipecat pada November selepas kelab tersebut berdepan dengan prestasi paling buruk sejak 1992 dan kemudiannya digantikan dengan pengurus interim, Freddie Ljungberg sebelum Mikel Arteta dilantik secara tetap.

https://twitter.com/TheWingfielder/status/1260245115114868738?s=20

Pada awal musim, Ozil jarang diletakkan sebagai kesebelasan utama semasa Arsenal di bawah bimbingan Emery di amana beliau hanya tampil dalam satu perlawanan sahaja dalam 10 perlawanan pertama EPL.

“Saya telah bercakap banyak kali dengan Ozil, dia perlu lcermin dirinya dan muhasabah semua sikap dan komitmennya kepada pasukan,” kata Emery yang mengatakan beliau sebenarnya sudah berusaha untuk membantu pemain tersebut.

“Saya telah cuba berkali-kali untuk buat apa sahaja bagi membantu Ozil. Sepanjang karier saya, banyak pemain berbakat telah mencapai tahap terbaik mereka bersama saya. Saya sentiasa positif dan masih memberinya peluang untuk bermain.

https://twitter.com/MGK_LAHK/status/1261503374542790659?s=20

“Semasa aksi pra-musim, saya telah berkata mahu membantunya kembali ke prestasi terbaiknya seperti sebelum ini. Saya mahu beliau berikan komitmen dan memainkan peranan penting dalam bilik persalinan.

“Dia sebenarnya layak untuk menjadi ketua pasukan. Tetapi di bilik persalinan, pemain lain tidak mahu beliau sebagai kapten. Itu bukan keputusan saya, tetapi apa yang diputuskan keseluruhan skuad.

“Kapten adalah orang yang sepatutnya boleh pertahankan kelab, jurulatih dan rakan sepasukan.”

Emery turut mendedahkan yang beliau telah menggesa lembaga pengarah kelab untuk mendapatkan penyerang Crystal Palace pada musim panas lepas dan bukannya Nicolas Pepe.

https://twitter.com/Sam_Lulli/status/1261602529877676033?s=20

Arsenal gagal membawa masuk Zaha selepas Palace menolak bidaan £40 juta dan tidak mahu menurunkan harga £80 juta yang diletakkan. Ia membuatkan Arsenal beralih kepada Pepe yang akhirnya tiba di Stadium Emirates dengan harga £72 juta.

“Saya sudah katakan kepada pihak pengurusan kelab, Zaha adalah pemain yang diperlukan. Saya telah menemui Zaha dan pemain itu bersetuju untuk menyertai Arsenal. Tetapi kelab mengatakan Pepe adalah pemain yang tepat untuk masa depan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Unai Emery:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN