Unai Emery Anggap Arteta Pilihan Tepat Oleh Arsenal

Unai Emery berpendapat keputusan Arsenal untuk melantik Mikel Arteta untuk menggantikan beliau di Emirates sebagai keputusan tepat.

Emery sebelum ini dipecat daripada kedudukan beliau bersama Arsenal, selepas hanya mengendalikan kelab London itu selama 18 bulan.

Pemecatan tersebut tiba selepas Arsenal melalui kemarau kemenangan selama tujuh perlawanan berturut-turut.

Arteta yang merupakan pembantu jurulatih kepada Pep Guardiola di Manchester City diumumkan sebagai pengurus baru The Gunners pada Jumaat lalu.

“Selama ini beliau [Arteta] telah melakukan persediaan untuk mengambil langkah yang seterusnya,” kata Emery.

“Beliau pernah bersama Arsenal [sebagai pemain] sebelum ini. Beliau mempunyai pengalaman di Liga Perdana Inggeris dan bekerja bersama Pep Guardiola.

“Saya berpendapat semua ini adalah keputusan yang amat baik. Saya juga mahu ia dianggap sebagai keputusan yang tepat pada akhirnya.”

Emery berkata demikian ketika ditemubual buat pertama kali secara langsung selepas meninggalkan Arsenal.

Dalam temubual tersebut, Emery turut mendedahkan bagaimana Arsenal cuba memperbaharui kontrak beliau bersama kelab tersebut pada awal musim ini.

Ia berikutan kesinambungan kerja cemerlang Emery sehingga berjaya membawa Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Europa pada  musim lalu sebelum keputusan mulai tidak memihak kepada Arsenal menjelang Oktober.

Mengenai Ozil, Emery menganggap pemain itu adalah pemain yang penting buat Arsenal.

“Beliau mempunyai bakat yang membenarkan pemain lain menjadi lebih bagus. Tetapi pada ketika anda mahu pasukan bermain secara lebih agresif, Ozil tidak mempamerkan kualiti yang diperlukan,” komen beliau terhadap pemain itu.

 

Leave a Reply