Ketika perlawanan Chelsea menentang West Ham tempoh hari, Eden Hazard nampak lebih stabil dan lebih keras. Beliau kelihatan sukar untuk ditewaskan oleh pertahanan lawan.
Ia berbeza dengan musim lalu, Hazard kerapkali tersungkur dan terlalu mudah untuk dijatuhkan pemain pertahanan lawan yang fizikal.
Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik kekuatan fizikal Hazard.
Antara pemain yang paling kerap dihubungi Conte sejak menyertai Chelsea adalah Eden Hazard. Sudah pastilah Hazard adalah pemain penting dalam pelan Antonio Conte.
Menurut Conte:
“Amat penting untuk kami memastikan pemain seperti Hazard dalam keadaan yang terbaik secara teknikal, taktikal, fizikal dan mentaliti.”
Selepas bersemuka dengan Hazard di pusat latihan, Conte terus mengarahkan Hazard menjalani program latihan khas. Hazard diarahkan oleh Conte untuk meningkatkan berat badan beliau dan seterusnya menguatkan lagi fizikal.
Conte telah menganalisis data Hazard sejak dia menerima tawaran Chelsea musim lalu lagi. Conte mendapati pemain berketinggian 5 kaki 8 inci ini terlalu mudah dibuli oleh pihak lawan dengan pertarungan fizikal.
Lantas Conte menggunakan cara beliau sendiri untuk masuk campur dalam soal konsultansi diet pemain.
Hazard mula mengambil berberapa nutrisi yang boleh menaikkan berat badan dengan efektif.
Sejak berberapa minggu lalu, Hazard telah menggandakan latihan fizikal di gym terutamanya tekan tubi. Latihan Hazard berberapa minggu kebelakangan ini lebih kepada rutin latihan seorang pemain pertahanan.
Hasilnya agak memberangsangkan apabila Eden Hazard berjaya melakukan 9 daripada 12 cubaan menggelecek (take-ons).
Hazard turut melakukan 9 gelecekan yang berjaya.
Selain itu, Hazard hanya sekali sahaja menjadi mangsa kekasaran.
Nampaknya, rutin latihan Conte sudah menunjukkan hasil. Pemain lain yang turut dipantau Conte adalah John Terry. Conte menasihatkan Terry untuk memperbaiki diet beliau.
Conte masih memerlukan khidmat John Terry.
Oleh itu, amat penting untuk Conte mendapatkan kesihatan fizikal yang optimum daripada kapten beliau. Terry juga dilarang untuk makan pizza selepas perlawanan.
Baca juga: 11 Larangan ‘Pelik’ Pengurus Eropah Ke Atas Pemain Mereka