11 Larangan ‘Pelik’ Pengurus Eropah Ke Atas Pemain Mereka

Daripada larangan kereta sports sehinggalah ke cendawan, sudah banyak pengurus pasukan telah mengambil pendekatan untuk memberitahu pemain-pemain mereka – saya bos kamu.

Berikut adalah senarai 11 larangan pelik yang dikuatkuasakan oleh beberapa pengurus pasukan kepada pemain-pemain.

1. David Moyes

Larangan: Pemain tak dibenarkan makan kerepek kentang

Ketika mengurus Manchester United, David Moyes memberikan amaran keras kepada mana-mana pemain beliau untuk mengelak daripada makan kerepek pada malam sebelum perlawanan.

2. Alexander Zorniger

Larangan: Pemain dilarang memakai headphones

Ketika mengurus VfB Stuttgart, Alexander Zorniger melarang pemain-pemainnya memakai headphones besar di khalayak ramai.

Mereka dibenarkan untuk menggunakan headphones ketika dalam bas pasukan, tetapi dilarang ketika keluar dari bas pasukan.

Menurut Zorniger, pemain-pemainnya nampak mengarut dengan headphones besar di kepala mereka.

3. Paulo Di Canio

Larangan: Bermacam-macam

Ketika mengurus Swindon Town dan Sunderland, Paolo Di Canio melarang pemain-pemainnya daripada membawa sebarang bentuk sos, mayonis, minuman Coca-Cola dan makanan segera.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga melarang pemainnya daripada menyanyi, bergosip dan bergelak-tawa ketika latihan.

Di Canio berkata beliau mahu mengubah budaya dan cara baru untuk berfikir.

4. Jurgen Klopp

Larangan: Jangan sentuh plak ‘This Is Anfield’

Pada musim 2015/2016, Jurgen Klopp melarang pemain-pemain Liverpool menyentuh plak ‘This Is Anfield’ sebelum masuk padang.

Menurut Klopp, pemain-pemain Liverpool hanya berhak menyentuhnya selepas memenangi sesuatu trofi.

Ia adalah sebahagian daripada teknik motivasi daripada Klopp untuk para pemain Liverpool.

5. Fabio Capello

Larangan: Pemain dilarang memakai seluar pendek dan selipar

Seperti orang Itali tipikal yang menitikberatkan perihal fesyen dan keterampilan diri, Fabio Capello melarang mana-mana pemain beliau memakai seluar pendek dan selipar ketika menyertai mana-mana urusan rasmi pasukan.

“Seluar pendek dan selipar membuatkan mereka nampak selekeh,” kata Capello ketika mengulas tabiat pemain England di setiap hotel penginapan.

6. Neil Lennon

Larangan: Pemain dilarang memakai beanie hat

Ketika mengurus Bolton Wanderers, perkara pertama yang dikuatkuasakan oleh Neil Lennon adalah larangan memakai beanie hat kepada pemain-pemainnya ketika sesi latihan musim sejuk.

Lennon berhujah, jika dalam perlawanan sebenar pun pemain tidak dibenarkan memakai beanie hat, maka di pusat latihan pun mereka tidak harus memakainya.

7. Thomas Schaaf

Larangan: Pemain dilarang mencacah tatu

Apabila satu tatu baru Eljaro Elia dijangkiti kuman sehingga menyebabkan kawasan tatunya sakit apabila menyarung jersi, Thomas Schaaf segera melarang pemain-pemain Werder Bremen daripada mencacah tatu baru.

eljero-elia-der-23-jaehrige-niederlaendische-nationalspieler-vom-hsv-hat-sich-seinen-oberkoerper-fast-komplett-mit-tattoos-schmuecken-lassen-foto-imago-

8. Giovanni Trapattoni

Larangan: Pemain dilarang makan cendawan

Masih belum ada penjelasan tentang pengharaman ini. Tetapi Giovanni Trapattoni pernah melarang pemain-pemain beliau memakan cendawan pada malam sebelum perlawanan.

Beliau mengeluarkan kenyataan pelik itu ketika mengendalikan skuad Republik Ireland.

Trapattoni terkejut dengan diet pemain Ireland yang tidak ‘berpantang’ dengan cendawan.

Hari berikutnya beliau mengeluarkan pekeliling rasmi yang menegaskan, pemain dilarang memakan cendawan pada sehari sebelum perlawanan.

9. Sir Alex Ferguson

Larangan: Pemain muda dilarang memakai but warna menonjol

Alex Ferguson mungkin lebih bertoleransi dengan pemain utama. Namun beliau tidak kepada pemain-pemain muda/akademi.

Ini kerana beliau melarang pemain-pemain muda United daripada memakai but berwarna cerah. Hanya warna hitam dibenarkan.

John O’Shea mendedahkan bahawa, tidak ada sekatan bagi pemain senior untuk memakai but yang menonjol warnanya.

Tetapi jika mereka tidak bermain dengan baik, pemain tersebut akan ‘diasingkan’ oleh Ferguson.

10. Remi Garde

Larangan: Pemain dilarang berbahasa Perancis

Ketika mengurus Aston Villa, Remi Garde melarang mana-mana pemain beliau untuk bercakap dalam bahasa Perancis.

Amaran beliau ini ditujukan khas kepada Jordan Amavi, Jordan Ayew, Jordan Veretout dan Idrissa Gueye. Selain mereka, Phillipe Senderos dan Carlos Sanchez juga boleh berbahasa Perancis.

Mungkin niatnya mahu menyatu-padukan pasukannya, Garde hanya mahukan pemain-pemainnya berbahasa Inggeris dalam bilik persalinan.

11. Pep Guardiola

Larangan: Pemain dilarang memandu kereta sports, makan pizza

Ketika di Barcelona, Pep Guardiola telah melarang pemain-pemain beliau memandu kereta sports ke sesi latihan.

Arahan Guardiola ini dikritik oleh Zlatan Ibrahimovic dalam autobiografi beliau, I Am Zlatan:

“Saya fikir ia adalah tidak masuk akal. Itu hak masing masing dan suka hati saya untuk memandu apa sahaja.”

Ibrahimovic melanggar peraturan Guardiola apabila terus memandu kereta Ferrari Enzo miliknya ke kompleks latihan Barcelona.

Maka tak hairanlah beliau hanya bertahan semusim di bawah Guardiola ketika di Barcelona.

Di Manchester City, Guardiola mengharamkan pizza dalam diet pemain-pemainnya pula.

Beliau turut melarang mana-mana pemain City yang mempunyai berat badan berlebihan selepas kembali dari rehat musim daripada masuk ke sesi latihannya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai larangan dalam hidup pemain bola sepak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN