Kembali Ke Juventus, Cristiano Ronaldo Perlu Jalani Kuarantin

Juventus

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan perlu menjalani kuarantin selama dua minggu apabila beliau sudah kembali semula ke Turin, awal pagi tadi.

Hal ini kerana pemain ternama berusia 35 tahun itu baharu sahaja menghabiskan masa hampir dua bulan bercuti di Madeira, Portugal yang merupakan kampung halamannya susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan tidak terkecuali juga Itali.

Menurut sumber Goal, kerajaan Itali kemudiannya sudah memberikan keizinan buat kelab-kelab bola sepak Serie A bagi menjalani sesi latihan bermula 4 Mei.

Perkembangan terkini itu telah mendorong pendahulu Serie A 2019/20 tersebut untuk memanggil semula para pemain mereka yang berada di luar Itali untuk pulang.

Namun, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi oleh para pemain apabila bagi mereka yang kembali semula ke Itali perlu untuk menjalani kuarantin selama 14 hari [dua minggu] sebelum menyertai sesi latihan pasukan.

Sementara itu di pusat latihan, ujian saringan COVID-19 turut diadakan sebagai langkah berjaga-jaga diambil kelab gergasi Itali itu.

Beberapa rakan sepasukan Cristiano Ronaldo iaitu Aaron Ramsey, Federico Bernardeschi, Juan Cuadrado, Carlo Pinsoglio dan Merih Demiral yang sudah pulih dari kecederaan turut telah menjalani ujian terbabit.

Pematuhan terhadap penjarakkan sosial tetap diimplementasikan oleh Juventus apabila para pemain diarahkan untuk berlatih dengan sendirian atau dalam kelompok kecil dan semua itu perlu dipatuhi oleh para pemain I Bianconeri.

Kredit featured image: Fred Lee/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juventus:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN