Paulo Fonseca Masih Tagih Khidmat Henrikh Mkhitaryan Di AS Roma

Henrikh Mkhitaryan

Pengurus AS Roma, Paulo Fonseca dilihat masih menagih khidmat pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan dan mengharapkan agar pemain yang dipinjamkan daripada Arsenal itu dapat terus kekal di Stadio Olimpico.

Diturunkan pada 20 perlawanan dalam semua pertandingan yang disertai AS Roma pada musim ini, Mkhitaryan berjaya menjaringkan enam gol dan turut menghasilkan empat bantuan jaringan.

Sehubungan dengan itu, Fonseca melabelkan pemain kelahiran Yerevan, Armenia tersebut sebagai seorang pemain bola sepak yang hebat dan turut optimis Mkhitaryan akan terus kekal bersama AS Roma berbanding kembali pulang ke London.

Embed from Getty Images

”Saya mahu dia terus kekal di sini dan dia juga mahu kekal bersama AS Roma.”

”Bagaimanapun, segalanya jelas pada ketika ini, ia tidak lagi berfungsi dan kami perlu untuk bercakap dengan Arsenal,” ujar Fonseca menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya mahu terus bekerja dengannya kerana dia merupakan seorang pemain dan juga lelaki yang hebat.”

Menurut sumber Goal, Arsenal dilaporkan akan melepaskan pemain tengah tersebut secara tetap sekiranya permintaan bernilai £22 juta berjaya mencapai kata putus dan AS Roma dikatakan akan mengemukakan tawaran rasmi.

Embed from Getty Images

Mkhitaryan yang cemerlang ketika menyarung jersi Borussia Dortmund memilih untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas beliau dipancing Manchester United pada musim 2016/17.

Namun, jodohnya bersama The Red Devils hanya bertahan selama dua musim apabila beliau menjadi sebahagian dari pertukaran Manchester United untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Selepas hanya beraksi tiga perlawanan pada musim ketiganya bersama The Gunners, beliau telah dipinjamkan ke AS Roma pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu dan ia merupakan medan terbaik buat Mkhitaryan untuk kembali menemui sentuhan lamanya seperti ketika bersama Dortmund.

Kredit featured image: Erwin Spek/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Henrikh Mkhitaryan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN