Saya Tidak Seronok Di Arsenal – Mkhitaryan

Henrikh Mkhitaryan berterus-terang tentang situasi yang dialami beliau ketika di Arsenal. Menurut Mkhitaryan, beliau hilang kegmbiraan ke atas bola sepak ketika di Arsenal.

Mkhitaryan merupakan sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan Alexis Sanchez. Ketika itu ejen beliau pernah memberitahu bahawa Mkhitaryan tidak mahu ke Arsenal, dan mahu kekal di United.

Namun keadaan memaksa beliau untuk menerima perpindahan itu, selepas Jose Mourinho menyatakan Mkhitaryan tidak ada dalam perancangan pasukan beliau.

Mkhitaryan melalui karier yang kurang memberangsangkan di Arsenal. Dan pada jendela perpindahan yang lalu, Mkhitaryan dipinjamkan ke kelab Serie A, iaitu AS Roma.

Selepas komen kontroversi beliau ini, dilihat Mkhitaryan mungkin tidak akan kembali lagi ke Arsenal, jika beliau ada pilihan lain, selepas ini.

Sejak berpindah dari Borussia Dortmund ke England, beliau gagal memberikan impak yang sama.

Perjanjian pertukaran pemain di antara Manchester United dan Arsenal melibatkan Mkhitaryan dan Alexis Sanchez dianggap antara perjanjian terburuk dilakukan dalam bola sepak moden. Walaupun kedua-duanya memiliki reputasi yang baik ketika itu.

Ketika di Arsenal, Mkhitaryan menyatakan beliau mulai hilang kegembiraan dengan bola sepak. Dan kini beliau mahu mendapatkan semula nikmat itu di AS Roma.

Beliau berkata: “Sekarang, saya di Rome, dan sangat fokus, kerana di sini bermain bola sepak yang hebat.”

“Saya mahu mengubah keadaan dan bagi saya, ini adalah peluang yang tidak harus untuk dilepaskan.”

“Saya menikmati bola sepak di mana sahaja saya bermain. Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan saya datang ke Roma untuk menang, bukannya mahu membuang masa.”

“Di Arsenal, saya sudah tidak mampu tenang. Ianya detik yang sukar. Dan saya memutuskan untuk menukar angin.”

“Saya seorang yang sabar dan mahu menunjukkan kualiti yang saya miliki.”

“Peranan? Saya akan bermain di mana sahaja posisi yang jurulatih mahu saya bermain. Saya bagus dalam peranan ofensif. Paling penting, saya sentiasa mahu membantu pasukan.”

“Serie A ini peluang keemasan buat saya, saya tak rasa ini satu langkah ke belakang dalam kerier. Saya cepat menerima tawaran ini kerana saya mahu datang ke sini dan menikmati bola sepak dengan keseronokan.”

“Saya tidak peduli tentang wang, saya pemain yang suka bermain. Beberapa bulan di Arsenal, ianya sudah tidak ada.”

Mkhitaryan juga menegaskan beliau sentiasa terbuka menerima kritikan jika prestasi beliau tidak baik. Itu sudah biasa untuk mana-mana pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN