Quantcast

BERITA

‘Van Dijk Berhak Menang Ballon d’Or’ – Ramos

Bek tenga Real Madrid, Sergio Ramos menzahirkan sokongan terbuka beliau kepada bek tengah Liverpool, Virgi van Dijk untuk memenangi Ballon d’Or kali ini.

Ini selepas Ramos merasakan Van Dijk telah menjadi pemain penting dalam membantu Liverpool menjuarai UCL pada musim lalu.

Van Dijk bersaing dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk anugerah beprestij itu. Van Dijk sudah menewaskan 2 pemain tersebut dalam Anugerah UEFA baru-baru ini.

Ramos berkata: “Van Dijk adalah pertahanan yang sangat hebat. Beliau bermain sangat bagus, dan menikmati musim yang sangat baik. Jika beliau menang Ballon d’Or, ianya kerana beliau berhak.”

“Kita terlalu banyak bercakap tentang Ballon d’Or adalah tentang Cris [Cristiano Ronaldo] dan Lionel Messi.”

Perkembangan pada hari ini, yang menunjukkan bahawa peluang untuk memenangi Ballon d’Or adalah lebih terbuka berbanding dengan sebelum ini. Ia menggembirakan Sergio Ramos.

“Agak sukar untuk seorang pertahanan memenangi Ballon d’Or.”

“Namun, hakikatnya, pada hari ini, peluang untuk pemain lain menang, selain daripada 2 penyerang tersebut, membuatkan saya gembira dengan perkembangan ini.”

Luka Modric menamatkan duopoli Ronaldo-Messi dalam Ballon d’Or pada tahun lalu. Menjadi pemain pertama, sejak 2007 memenanginya selain daripada Messi atau Ronaldo.

Sudah lebih 10 tahun, pertahanan tidak memenangi Ballon d’Or, selepas kali terakhir ialah Fabio Cannavaro pada 2006.

Van Dijk merupakan bek tengah yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA musim lalu, selain daripada Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2019.