Pemain termahal Tottenham Hotspur, Tanguy Ndombele kini telah menjadi sasaran terbaharu Barcelona untuk dibawa masuk ke Nou Camp pada musim panas akan datang.
Tetapi dengan krisis pandemik COVID-19 yang memberikan impak kewangan kepada semua pasukan di seluruh dunia, kelab Sepanyol itu kemungkinan besar tidak akan menawarkan sebarang yuran perpindahan, tetapi membuat pertukaran dengan dua pemain pertahanan iaitu Samuel Umtiti dan Nelson Semedo.
Tetapi menurut laporan media UK, pengurus Tottenham, Jose Mourinho lebih berminat untuk mendapatkan pemain tengah, Arthur Melo dari kelab yang berpangkalan di wilayah Catalonnia tersebut.
Barcelona have offered Samuel Umtiti and Nelson Semedo to Tottenham in their attempts to sign Tanguy Ndombele, report Sky Sports News.
— GOAL (@goal) April 25, 2020
It is claimed Quique Setien sees the Frenchman as the ideal addition to his midfield despite his difficult first season in the Premier League. pic.twitter.com/lJVaEYYCid
Bagaimanapun Arthur sebelum ini secara terbuka menyatakan beliau mahu kekal lebih lama di Barcelona dan kelabnya itu juga masih menganggap pemain Brazil itu sebagai aset penting buat pasukan.
Spurs sememangnya memerlukan dua pemain baharu di posisi tersebut terutamanya apabila peamain pertahanan tengah dengan kaki kiri, Jan Vertonghen akan meninggalkan kelab utara London ini apabila kontraknya tamat dan mencari pengganti Serge Aurier yang tidak digemari oleh penyokong mereka.
Sejak pemergian Kyle Walker ke Manchester City dan Kieran Trippier ke Atletico Madrid, Mourinho perlukan seroang lagi pemain berpengalaman di posisi pertahanan kanan untuk mengukuhkan barisan pertahanannya. Namun beliau sudah pun mempunyai perancangan untuk membawa masuk Diego Dalot dari Manchester United.
🗣 [@Alfremartinezz🥇] | Arthur is linked to Juventus and Tottenham as a bargaining chip for Pjanic or Ndombelé. It seems that Barcelona could be interested but the player is NOT considering leaving Barcelona under any circumstances. He will NOT be listening to any offers. pic.twitter.com/gy4ZAy3nZs
— BarçaTimes (@BarcaTimes) April 24, 2020
Umtiti yang kerap dilanda kecederaan sejak kebelakangan ini sudah mula kehilangan tempatnya kepada rakan senegaranya, Clement Lenglet dan beliau sebelum ini memang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Spurs.
Pemain antarabangsa Portugal, Semedo pula sering diturunkan dalam kesebelasan utama pada musim ini, tetapi Barca dipercayai tidak terlalu sukar melepaskannya untuk menjadi sebahagian daripada tawaran untuk mendapatkan beberapa pemain baharu termasuk Lautaro Martinez dari Inter Milan.
Ndombele merupakan pemain termahal Spurs yang dibawa masuk oleh Maurico Pochettino pada musim panas lepas dengan nilai kira-kira £65 juta termasuk bonus tambahan.