Ricky Sbragia: Roy Keane Yang Pertama Lihat Potensi Henderson

Roy Keane

Bekas pengurus Sunderland, Ricky Sbragia mendedahkan bahawa Roy Keane merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menilai potensi dimiliki ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson.

Melihatkan kepada perkembangan karier pemain berusia 30 tahun itu, Snbragia yang turut berada dalam barisan kejurulatihan ketika Roy Keane membimbing Sunderland pada musim 2006/07 telah berkongsikan kenangan di mana Henderson hampir dilepaskan The Black Cats ketika usia remajanya.

”Masih ada satu lagi kontrak profesional yang perlu diserahkan dan ia adalah pilihan antara tiga pemain dalam akademi.”

”Malam sebelum keputusan perlu dibuat, saya masih belum membuat sebarang keputusan. Apabila saya pulang ke rumah, saya tidak mempunyai bayangan siapa yang akan dipilih,” ujar Sbragia menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Apabila saya kembali keesokan harinya, Jordan [Henderson] telah dipilih. Apa yang membuatkannya terpilih? Sikapnya apa yang anda lihat pada hari ini – sikap yang membuatnya berjaya. Ini hanya menunjukkan betapa nipisnya garis pemisah.”

SUNDERLAND, UNITED KINGDOM – SEPTEMBER 20: Roy Keane of Sunderland looks on during the Barclays Premier League match between Sunderland and Middlesbrough at the Stadium Of Light on September 20, 2008 in Sunderland, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

”Roy [Keane] dapat melihat potensinya. Saya tidak merasakan terdapat sebarang keraguan terhadap perkara ini. Roy membawa dia masuk dan Jordan telah menimba banyak perkara daripadanya. Ya, Roy adalah hebat baginya.”

”Tahun dan pengalamannya bagi mengisi posisi tersebut, itu sangat membantu. Seperti semua orang tahu, Roy adalah salah seorang pemain tengah yang terbaik,” ujar Sbragia lagi.

Henderson adalah anak jati Sunderland yang telah dipinjamkan ke Coventry City pada musim pertamanya dinaikkan pangkat ke skuad senior. Musim berikutnya menyaksikan Henderson mula menjadi pilihan Steve Bruce untuk membarisi kesebelasan utama Sunderland.

Beraksi dengan baik di jentera tengah Sunderland pada musim 2010/11 telah menarik minat pengendali Liverpool pada ketika itu, Kenny Dalglish untuk membawanya ke Anfield.

Dari seorang yang hanya diberikan kontrak profesional pada saat akhir, kini Henderson memimpin salah sebuah kelab terbaik di dunia.

Kredit foto: Visionhaus

Baca artikel lain dari kami mengenai Jordan Henderson:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN