Quantcast

BERITA

Kapten Henderson Mahu Liverpool Terus Cipta Sejarah

Kapten Liverpool, Jordan Henderson berkata juara Eropah sebanyak enam kali itu kini terus dahaga untuk mencipta sejarah dengan menjuarai lebih banyak trofi utama yang dipertandingkan.

The Reds kini berada di Amerika Syarikat untuk pra musim dan berhadapan dengan Borussia Dortmund pagi tadi.

Bagi Henderson, kejuaraan ke-6 eropah yang dimenangi pada musim lalu hanya akan membuatkan beliau dan rakan sepasukan yang lain terus dahagakan kejayaan serupa pada masa akan datang.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Ia memberikan kami nikmat kejayaan, dan kami mahu menikmati lebih banyak kejayaan yang serupa,” ujar beliau.

Henderson masih segar dari kejayaan merangkul kejuaraan UEFA Champions League kurang dua bulan yang lalu. Tetapi perlawanan Piala Komuniti menentang Manchester City pada 4 Ogos hadapan semakin hampir, dan sebagai kapten beliau sedar banyak persiapan perlu dilakukan sepanjang pra musim ini.

Liverpool turun menyertai jelajah pra musim di Amerika Syarikat tanpa trio penyerang Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino selepas komitmen dengan pasukan kebangsaan masing-masing.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Jordan Henderson of Liverpool lifts the Champions League Trophy after after winning the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Mane adalah yang terakhir akan kembali mengikuti kem latihan selepas membantu Senegal ke perlawanan akhir sebelum dikecewakan oleh Algeria pada awal pagi tadi.

“Kami telah membuktikan sejak beberapa tahun lalu bahawa pasukan ini bertambah baik. Kami mahu meneruskan perkara ini,” tambah Henderson.

“Pengalaman di Champions League dan juga di Liga Perdana Inggeris pada musim lalu juga akan turut membantu cabaran kami pada musim ini.

“Bola sepak berubah dengan pantas. Anda hanya boleh fokus dengan apa yang ada di hadapan. Kami tidak akan lupa kepada apa yang berlaku di Madrid [menewaskan Tottenham 2-0 pada Jun], tetapi perkara itu boleh digunakan dengan cara yang baik.

(Photo by Visionhaus#GP/Getty Images)

“Kami mahu mencapai lebih banyak kejuaraan sebagai sebuah pasukan, dan mengecapi sebanyak kejayaan yang boleh.

“Kami mampu bersaing di setiap pertandingan yang disertai. Pengurus [Jurgen Klopp] mungkin mahukan beberapa muka baharu, jika tidak, pasukan ini sudah mempunyai kelompok pemain yang dahagakan kejayaan yang pasti mampu mengekalkan pasukan di landasan.

“Kami harus terus belajar daripada pengurus dan saya pasti jika kami berbuat demikian, akan lebih banyak kejayaan akan menyusul kemudian,” jelas Henderson penuh semangat.