Penyerang Boca Juniors, Carlos Tevez mengakui pemain bola sepak profesional di tahap tertinggi seharusnya menawarkan untuk mengurangkan gaji mereka ketika dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 ini.
Beliau yang turut pernah menjadi sandaran Manchester United dan Manchester City merasakan pemain perlu menerima sebarang kemungkinan tidak akan dibayar penuh oleh pihak majikan mereka.
”Seorang pemain bola sepak boleh hidup jika tidak menerima gaji selama enam bulan atau pun setahun.”
”Kita [pemain bola sepak] tidak sama dengan orang lain yang tinggal bersama anak-anak mereka, dimana hari-hari perlu meninggalkan rumah pada jam enam pagi dan kembali ke rumah pada tujuh malam untuk memberi makan buat keluarga.”
”Kita bukanlah contoh pada kes ini. Ya, tetapi dalam perkara lain. Kami perlu berada di sana dan membantu.”
Embed from Getty Images”Amat mudah buat saya untuk bercakap dari rumah, mengetahui bahawa saya mempunyai makanan untuk anak-anak saya,” ujar Tevez menurut laporan daripada Goal.
”Tetapi bagi orang yang terdesak, di mana mereka tidak boleh bergerak dan meninggalkan rumah. Itulah perkara yang membimbangkan.”
Dalam pada itu, Tevez turut menegaskan bahawa kelab seharusnya melakukan segalanya dalam usaha untuk membantu komuniti susulan wabak ini.
”Kelab perlu untuk terlibat. Selain daripada berlatih pada waktu pagi, mereka perlu meminta anda untuk melakukan sesuatu buat orang ramai. Sebagai contoh, pergi ke bilik makan di La Boca. Saya gembira untuk pergi. Saya tahu bahawa keluarga saya baik-baik saja.”
””Di sinilah contoh hebat bermula, anda boleh membuat video, seperti saya di rumah dari ruang tamu saya, tetapi contoh yang baik adalah kita semua keluar dan membantu,” ujar Carlos Tevez lagi.
Kredit foto: Gustavo Garello/Jam Media/Getty Images