Tevez Kembali Ke Boca Juniors Selepas Detik Sukar Di China, Mahu Ke Piala Dunia 2018

Boca Juniors mendapatkan khidmat Carlos Tevez untuk kali ketiga di dalam sejarah. Carlos Tevez diperkenalkan bersama seorang lagi pemain, Emmanuel Mas.

Beliau berharap kepulangan beliau ke Boca Juniors kali ini akan membantu beliau mendapatkan semula tempat dalam skuad kebangsaan.

Tevez akui, jika beliau boleh memutarkan waktu, beliau mungkin tidak akan meninggalkan kelab itu kerana duit di China.

Ia ternyata satu keputusan yang langsung tidak membantu beliau di dalam karier antarabangsa. Tevez kehilangan tempat dalam skuad Argentina.

Namun beliau berkata, dia tidak menyesal dengan keputusan itu dan akui ada kesilapan dalam keputusan tersebut.

Ini kerana Tevez akui dia sudah tahu akan risiko seperti itu akan berlaku ketika membuat keputusan itu dahulu. Hilang tempat dalam skuad kebangsaan serta gagal mengekalkan ‘peak’ yang masih ada.

Kini beliau masih berharap untuk menjadi sebahagian skuad yang akan ke Piala Dunia 2018.

“Saya masih ada ada kemampuan untuk bermain bola sepak dalam beberapa tahun lagi. Jika pemain pada usia saya bermain di Piala Dunia, ianya adalah perkara istimewa dan menjadi impian semua pemain.”

Tevez yang pernah menyarung jersi Manchester United, Manchester City dan Juventus sudah berusia 34 tahun. Kali terakhir beliau menyarung jersi Argentina adalah pada Oktober 2015.

Beliau menjadi pemain dengan gaji termahal di dunia ketika menyertai Shanghai Shenhua. Namun bergelut untuk membantu pasukan itu.

Tevez memiliki rekod jaringan yang sangat menghampakan. Beliau mulai menjadi kebencian peminat kerana seringkali menunjukkan tiada komitmen kepada pasukan. Tevez seringkali balik ke Argentina dan kembali lewat ke China.

Tevez menjadikan alasan kecederaan sebagai sebab beliau bercuti lebih lama, sedangkan pemain lain yang cedera perlu hadir ke sesi pemulihan kecergasan dan kecederaan di pusat fisioterapi kelab.

Tevez berjanji akan melakukan yang terbaik dalam tempoh 2 tahun kontrak beliau kali ini dengan Boca Juniors.

“Saya akan nikmati 2 tahun ini dengan sebaiknya. Ini sahaja perkara yang saya miliki buat masa ini. Saya baik-baik sahaja, lebih mudah rasanya di sini.”

Boca Juniors sebelum ini menegaskan yang mereka tidak akan membida Carlos Tevez. Pengerusi kelab, Daniel Angelici konsisten dengan kenyataan mereka.

Mustahil untuk mereka datang menawarkan kontrak kepada pemain yang menerima gaji sehingga €730,000 seminggu.

Angelici menjelaskan Tevez datang ke Boca Juniors atas perlepasan daripada kelab Shanghai Shenhua selepas Tevez meminta untuk pindah.

Shanghai Shenhua setuju melepaskan Tevez secara percuma. Boca tidak membayar sesen pun kepada Shanghai Shenhua ataupun kerajaan China.

“Kami nak ucapkan terima kasih kepada kelab Shanghai Shenhua dan kerajaan China kerana tidak meminta sebarang pampasan untuk perpindahan ini.”

 

Fokus Tevez kini adalah untuk membantu Boca Juniors menjuarai Copa Libertadores yang kali terakhir mereka menangi pada 2007.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN