Pemain Real Madrid yang dipinjamkan ke Arsenal, Dani Ceballos mengatakan beliau kini berdepan dengan ketidak tentuan mengenai nasibnya di Emirates sama ada akan kekal ataupun tidak.
Tempoh pinjaman selama semusim pemain tengah Sepanyol itu akan tamat pada 30 Jun ini, namun berkemungkinan terpaksa dilanjutkan memandangkan krisis pendemik coronavirus (COVID-19) masih belum berakhir.
Sepanjang bersama Arsenal, kelibat Ceballos dilihat tenggelam timbul kerana telah beberapa kali mengalami kecederaan. Tetapi sejak Mikel Arteta mengambil alih pasukan itu, beliau dilaporkan masih ada dalam perancangan jurulatih kelahiran Sepanyol itu.
❤️ good memories ⚽️ pic.twitter.com/cQZ7p50k2q
— Daniel Ceballos (@DaniCeballos46) March 16, 2020
“Kontrak saya akan tamat pada 30 Jun ini, tetapi sejujurnya memang saya mahu terus bermain untuk Arsenal [apabila pertandingan bersambung],” kata pemain berusia 23 tahun itu kepada akhbar El Chringuito.
“Mungkin agak tidak bertanggungjawab untuk saya bercakap mengenai masa depan saya hanya di sebelah pihak. Apa yang lebih utama kini adalah saya mahu menjadi pemain penting kepada pasukan yang saya wakili.
“Saya datang ke Arsenal adalah untuk menjadi pemain penting, tetapi sejak bulan lepas harapan itu seakan-akan ‘hilang’ disebabkan wabak ini.”
Pada Januari, beberapa kelab Sepanyol telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Ceballos, antaranya Valencia, Seville dan juga Real Betis.
“Saya tahu Valencia berminat untuk dapatkan saya. Begitu juga dengan Seville dan Betis. Tetapi tak mungkin saya akan beraksi dengan Seville kerana sentimen saya terhadap Real Betis sangat kuat.
Dani Ceballos will not sign for Arsenal and return to Real Madrid. Valencia and Betis are both interested in signing him according to the Andalusian media. pic.twitter.com/NZtFv9NOPx
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) March 31, 2020
“Saya hanya akan beraksi untuk Real Betis, itu adalah pasukan yang membangunkan karier saya sebagai pemain bola sepak.”
Ceballos menandatangani kontrak profesional buat kali pertama bersama Real Betis pada 2014. Namun sebenarnya ketika zaman kanak-kanak, beliau juga pernah bersama akademi Seville sehingga umurnya 13 tahun.
Seville dan Real Betis merupakan musuh setempat di wilayah Seville. Real Betis merupakan pecahan daripada kelab Seville pada tahun 1914 dan sejak itu, kedua-dua kelab ini menjadi ‘musuh’ dalam arena bola sepak Sepanyol.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dani Ceballos dan Arsenal: