Boys of Straits (BOS) Degil Arahan Jangan Berkumpul KKM

Kumpulan penyokong rasmi JDT, Boys of Straits (BOS) melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang orang ramai menyertai perhimpunan awam melebihi 50 orang. Arahan ini dikeluarkan untuk membendung penularan gelombang kedua wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini.

Meskipun Malaysian Football League (MFL) sendiri telah mengeluarkan larangan kepada penyokong untuk datang ke stadium, BOS dilihat tidak mengendahkan larangan tersebut – dengan berkumpul ramai-ramai di luar Stadium Sultan Ibrahim pula.

https://twitter.com/BosJohor2010/status/1238886219318087680

Meskipun niat mereka bagus iaitu untuk memberikan sokongan kepada pemain JDT yang melayan kunjungan Felda United malam semalam, ia jelas bertentangan dengan inisiatif kerajaan yang mahu mengelak COVID-19 menjadi lebih serius.

Ini berikutan pertambahan kes di Malaysia selepas lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Berita Harian melaporkan perhimpunan tersebut merupakan kluster baharu COVID-19 apabila tiga orang sah positif COVID-19 selepas menghadiri perhimpunan tersebut.

JDT diikat seri 1-1 oleh Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal apabila BOS tidak mengendahkan larangan MFL dan KKM dengan berhimpun beramai-ramai di stadium.

Ramai juga menyarankan supaya Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengeluarkan perintah baginda sendiri supaya BOS tidak berkumpul beramai-ramai sementara wabak COVID-19 sedang menular.

Ada juga yang memuji semangat yang ditunjukkan BOS untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Tetapi keadaan semasa juga perlu diambil kira, kata mereka.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai BOS:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN