Mehmed Durakovic: Selangor Bertuah Miliki Pemain Seperti Brendan Gan

Selangor

Pertembungan Selangor dan Perak bakal menjadi perlawanan tumpuan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada perlawanan kedua CIMB Liga Super 2020, malam esok.

Menurut pengendali Perak, Mehmet Durakovic, beliau tidak menafikan kehadiran bekas anak buahnya, Brendan Gan ke dalam pasukan Selangor benar-benar memberi impak positif kepada lawannya itu dan menjangkakan aksi yang cukup sengit bakal berlaku pada malam esok.

“Brendan merupakan seorang pemain yang sangat-sangat bagus dan Selangor begitu bertuah kerana memiliki pemain berkualiti sepertinya. ”

“Untuk Perak, sudah pasti ia bukan satu perlawanan yang mudah kerana bekas pemain kami kini bersama pihak lawan dan kerja keras perlu dilakukan untuk kami menguasai keseluruhan permainan.”

Kredit foto: Perak TBG

“Walau apa pun, saya tetap berbangga dengan pemain-pemain yang saya ada ketika ini apabila mereka sudah membuktikan kemampuan dengan kemenangan pertama minggu lalu dan mereka perlu mempamerkan komitmen lebih tinggi untuk aksi malam esok”, katanya

Apa yang pasti, ia akan menjadi satu perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh penyokong kerana kedua-dua pasukan itu pamer prestasi memberangsangkan dalam perlawanan pertama untuk meraih tiga mata.

Perak ketika ini menduduki tangga teratas liga apabila raih kemenangan 3-1 ke atas Terengganu pada minggu lalu manakala Selangor ketika ini di kedudukan ketiga selepas menewaskan Pahang 2-1.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 yang menyaksikan Selangor berjaya menumpaskan Perak dengan keputusan 3-1 di Stadium Shah Alam sekaligus memadamkan kekalahan 0-1 pada aksi pertama di Ipoh.

Perlawanan menarik ini terpaksa diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas skuad Gergasi Merah sebelum ini berdepan masalah untuk menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah susulan isu keselamatan membabitkan masalah bumbung yang masih tidak dapat diselesaikan.

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN