Lee Tuck: Kipre Tchetche Ancaman Buat Terengganu FC

Lee Tuck Sanjar Shaakhmedov Terengganu FC

Kecewa selepas dikejutkan Perak dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020 di halaman sendiri minggu lalu, Lee Tuck bertekad mahu bangkit memburu mata pertama Terengganu menentang Kedah di Stadium Darul Aman, pada Sabtu.

Percaya yang apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, kapten Terengganu itu berpegang kepada keputusan di Darul Aman dalam pertembungan di saingan Piala Malaysia 2019 yang menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Kedah.

Namun, menurutnya para pemain perlu memberikan komitmen dan aksi 100 peratus di dalam padang untuk perlawanan tersebut dan perancangan strategi yang rapi telah dibuat oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain untuk perlawanan kedua liga.

“Dalam bola sepak, apapun boleh berlaku. Musim lalu TFC pernah menundukkan pasukan itu di laman mereka, justeru kami pasti akan berikan aksi 100 peratus dalam misi mengintai mata pertama musim ini,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Apapun kita tunggu pada Sabtu, saya berkeyakinan pemain akan bergandingan bahu dan mampu bangkit dengan memberikan aksi yang terbaik bagi memenuhi keinginan penyokong yang sudah pasti dahagakan kemenangan,” tambah Lee Tuck lagi.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu turut mahukan rakan sepasukan melupakan episod duka tewas mengejut kepada Perak dalam aksi pertama tempohari dan menjadikannya sebagai pengajaran berguna buat Terengganu untuk musim ini.

Baginya, jika segalanya berjalan lancar, Terengganu pasti mampu untuk menghalang Kedah yang turut memburu mata pertama selepas tewas 0-1 kepada penyandang juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu.

Mengulas mengenai pemain berbahaya lawan, Lee Tuck menyatakan yang gandingan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche pastinya akan mendatang ancaman kepada mereka namun, mereka juga perlu berhati-hati dengan kemampuan pemain lain.

“Saya ada menyaksikan perlawanan Kedah bertemu JDT pada aksi Piala Sumbangsih Jumaat lalu, mereka bermain begitu baik menentang juara itu,” jelasnya ketika ditanyakan pandangannya mengenai kemampuan Kedah.

“Situasi ini sudah pasti sukar buat kami, malah kita tahu kekuatan [Kipre] Tchetche menjaringkan gol ketika bersama pasukan TFC sebelum ini, jadi kita perlu berhati-hati dengan pemain itu dan seluruh pemain kedah,” tambahnya lagi mengenainya.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN