RASMI: FA Selangor Umum Ketibaan Brendan Gan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Akhirnya pertanyaan mengenai hala tuju pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan terjawab selepas berbulan-bulan spekulasi akan destinasi seterusnya pemain itu.

Beberapa hari lalu, Brendan secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Perak.

Sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara rasmi mengesahkan pemain kacukan Malaysia dan Australia itu adalah salah seorang pemain mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Suka cita diumumkan bahawa kini beliau sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.Hantarkan ucapan anda kepada beliau dengan menggunakan hashtag #BrendanGanIsRED.Baca artikel tentang beliau sekarang di: https://redgiants.faselangor.my/it-has-bgan/#BrendanGanIsRED#RedGiants#KitaAdalahSatu#ItHasBGan#SelangorPower๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—” ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ:-Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy

Posted by FA Selangor on Saturday, November 30, 2019

Suka cita diumumkan bahawa kini beliau sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.
.
Hantarkan ucapan anda kepada beliau dengan menggunakan hashtag #BrendanGanIsRED.
.
Swipe up story IG untuk baca artikel tentang beliau sekarang!
.
#BrendanGanIsRED
#RedGiants
#KitaAdalahSatu
#ItHasBGan
#SelangorPower

????? ???????????? ?? ???????? ?? ???????? ????? ?????? ???? ???? ??:-
Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/
Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy
Facebook: https://www.facebook.com/FASelangorMy/

Posted by FA Selangor on Saturday, November 30, 2019

Melalui satu video eksklusif oleh FAS, Brendan dipetik sebagai berkata:

“Setiap hari saya bekerja keras, daripada saat bangun tidur sehingga ke akhir hari.

“Saya sentiasa bersedia untuk semua cabaran. Saya sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Ianya tidak pernah mudah. Sekarang ia adalah cabaran baharu. Saya dahagakan kejayaan, saya mahu melakukannya bersama Selangor.

“Ketahuilah, ianya sudah bermula.”

Karier bola sepak Brendan Gan di Liga Malaysia bermula bersama Sabah, sebelum pemain itu berhijrah ke Kelantan.

Turut pernah mengalami kecederaan ACL sebanyak dua kali sepanjang kariernya, Brendan bangkit bersama Perak sehingga berjaya membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia pada 2018.

Aksi konsisten Brendan Gan bersama Perak pantas mendapat perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang memanggil pemain itu untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Aksi bertenaga beliau ketika menentang Thailand adalah salah satu perlawanan yang masih menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air sehingga ke hari ini.

Buat Brendan Gan, selamat maju jaya kami ucapkan!

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta ยฉ Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U