Bernhardt Yakin UiTM FC Akan Kekal Di Liga Super

Pengendali pendatang baru CIMB Liga Super 2020, UITM FC , Frank Bernhardt optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk sekurang kurangnya kekal di persaingan liga bolasepak tertinggi Malaysia itu pada musim ini.

Biarpun sedar status selaku underdog yang di berikan kepada pasukannya, memandangkan jurang yang ada dari pelbagai sudut berbanding dengan gergasi gergasi bolasepak tempatan yang lain.

Bernhardt tetap yakin kejutan mampu dilakukan.

Sasar 8 teratas

“Pihak pengurusan mahu kami mencabar pasukan lain dengan menyasarkan kedudukan 8 terbaik,” tegas Bernhardt.

“Namun saya percaya dengan barisan pemain yang ada ini, adunan beberapa pemain pemain lama musim lalu.. dan kemasukan tiga ke empat pemain berpengalaman seperti Khuzaimi Pie, Shahrul Igwan, Danish Haziq dan lain lain.. kita mampu kekal di Liga Super untuk beberapa musim mendatang”

Bakal dibantu oleh bekas pengendali UITM FC yang terdahulu, Wan Mustafa Wan Ismail, Bernhardt memuji semangat jitu pengurusan UiTM FC yang memberi sokongan penuh buat barisan kejurulatihan yang dilantik.

“ Selepas diyakinkan oleh Pengurus Pasukan, En Mustaza Ahmad dengan impian pasukan ini, saya nampak pasukan ini serius dalam membuat persiapan biarpun hanya berstatus pasukan Universiti…jadi saya berharap untuk kekal lama di sini dan membantu pasukan ini pergi lebih jauh.”

Puas hati dengan prestasi pemain import

Bekas pengendali skuad bawah 22 tahun kebangsaan ini juga sangat berpuashati dengan komitmen dan prestasi empat pemain import baru yang di bawa masuk musim ini, apatah lagi mencatat keputusan memberangsangkan sepanjang aksi pra musim di Thailand, bulan ini.

Pasukan UiTM FC atau nama gelarannya The Lions Troops melancarkan jersi jersi yang akan digunakan pada musim ini, di samping memperkenalkan keseluruhan pemain dan pegawai pasukan yang akan menggalas tanggungjawab beraksi di Liga Super 2020 buat pertama kali.

Turut memberi penghargaan adalah The Malaysia Book of Records sebagai pasukan pertama yang beraksi di semua peringkat liga malaysia bermula dari kejohanan peringkat IPTA sehinggalah ke peringkat Piala Malaysia dan Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN