EKSKLUSIF: Ampersand Bertanggungjawab Bawa CIMB Jadi Penaja Liga Super

Ampersand Sports Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa dan meyakinkan CIMB untuk menjadi penaja Liga Super dan Piala Sumbangsih, Semuanya BOLA diberitahu.

Ampersand yang ditubuhkan pada 2017 berfungsi sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) Malaysian Football League (MFL) yang berfungsi sebagai agensi eksklusif bagi hal-ehwal komersil liga. Syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Lee ini menjanjikan Liga Malaysia menerima sekurang-kurangnya RM104 juta bagi tempoh selama lima (5) tahun bermula tahun 2018.

Bercakap kepada Semuanya BOLA, Pengarah Eksekutif Ampersand Sports, Sandeep Singh memberitahu:

“Ya, kami datang ke CIMB dengan tujuan untuk mengajak mereka menjadi penaja utama. Mereka sangat mengalu-alukan peluang tersebut. Kemudian kami berbincang dengan CIMB sebagai wakil MFL. Kedua-dua pihak (MFL dan CIMB) sangat gembira dengan perjanjian ini.”

Pengarah Eksekutif Ampersand Sports, Sandeep Singh merupakan individu yang bertanggungjawab membawa CIMB sebagai penaja Liga Super dan Piala Malaysia untuk musim 2020 dan 2021. (Foto: The Star)

Ketika sidang media selepas majlis pelancaran penajaan CIMB dengan MFL pagi tadi, Presiden MFL, Datuk Hamidin enggan memberitahu nilai jumlah penajaan – sepertimana yang dilakukannya ketika majlis pengumuman TM sebagai penaja utama rasmi Liga Malaysia 3 hari lepas.

Sandeep juga senada dengan Datuk Hamidin; enggan memberitahu nilai jumlah penajaan CIMB. Tetapi beliau menambah, “Apa yang saya boleh katakan – nilainya besar dan signifikan untuk MFL.”

Sandeep kemudiannya turut memberitahu peminat bola sepak boleh menjangkakan akan ada lagi penaja yang bakal diumumkan oleh MFL dalam masa terdekat.

“Ya saya boleh sahkan MFL akan mengumumkan kedatangan penaja baru dalam masa terdekat. Tapi saya tak boleh bagitahu dengan siapa kerana kami masih dalam peringkat perbincangan.”

Dijangkakan penaja baru tersebut akan menjadi penaja Liga Premier. Datuk Hamidin mengesahkan MFL sedang berbincang dengan sebuah ‘syarikat berkaitan kerajaan (GLC)’ untuk menjadi penaja Liga Premier pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN