Felda United Bakal Uji Pemain Baharu Dalam Aksi Persahabatan

Selepas hampir sebulan menjalani latihan, Felda United dijadualkan akan menjalani dua perlawanan persahabatan dalam masa terdekat bagi menilai prestasi semasa pasukan yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain baharu yang akan membawa cabaran pasukan pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.

Skuad The Fighters akan bertemu pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa ini dan kemudian akan berdepan juara Liga Kemboja, Svay Rieng FC pada 11 Januari nanti.

Merujuk laporan Berita Harian, Ketua Jurulatih Felda United, Mohd Nidzam Jamil mendedahkan beliau akan memberi lebih banyak peluang kepada pemain baharu dan pemain muda sebagai pendedahan serta membentuk persefahaman yang baik dalam pasukan.

“Kemungkinan saya hanya menyenaraikan dua import pada perlawanan itu kerana kami ada satu lagi perlawanan bertemu kelab Kemboja, 11 Januari ini.

“Oleh itu saya mengharapkan peluang yang diberikan ini dapat diterjemahkan dengan prestasi positif di kalangan pemain muda.

“Memang benar keputusan perlawanan itu perlu diambil kira tetapi fokus saya ialah mahu pemain yang kali pertama beraksi di Liga M dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Selepas dua perlawanan persahabatan berkenaan, skuad Felda United akan bertolak ke Medan, Indonesia untuk beraksi dalam pertandingan jemputan pra-musim iaitu Gubernur Cup mengikut dengan penyertaan empat pasukan dari Asia Tenggara.

Selain Felda United, tiga pasukan lain adalah pasukan tuan rumah PSMS Medah, pasukan Kemboja, Boeung Ket serta pasukan dari Singapura, Geylang International FC. Kejohanan akan berlangsung pada 16 hingga 19 Januari bertempat di Stadium Teladan, Medan.

Dalam perkembangan lain, penjaga gol Felda United, Zarif Irfan Hashimuddin yang ditemubual Stadium Astro mahu menjadikan musim 2020 sebagai pentas terbaik untuknya menyinar.

Pemain berusia 24 tahun itu pada musim lepas menampilkan beberapa aksi cemerlang termasuk merekodkan beberapa perlawanan tanpa bolos.

“Bagi saya untuk musim 2020 bersama Felda, saya akan cuba sehabis baik untuk sekurang-kurangnya membantu pasukan kekal dalam Liga Super dan menempatkan diri di pertengahan carta Liga Super,” katanya.

Zarif kini berazam untuk dipanggil menyertai skuad kendalian Tan Cheng Hoe dan mendapat peluang beraksi di peringkat antarabangsa.

Kredit Foto: Felda United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN