Kuala Lumpur Sah Ikat Bekas Penyerang Marseille, Guy Gnabouyou

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebentar tadi mengesahkan telah mengikat penyerang import baharu dari Perancis.

Pemain berusia 30 tahun, Guy Gnabouyou adalah produk bola sepak Marseille dan turut pernah beraksi bersama kelab Ligue 1 itu sekitar tahun 2007 sehingga 2010.

Namun selepas itu, Gnabouyou beraksi bersama beberapa kelab lain di Perancis dan Eropah.

Bienvenue !! Selamat Datang !!

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sah menandatangani pemain kelahiran Marseille, Perancis…

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Sunday, January 5, 2020

Kelan lain yang disertai oleh beliau ialah Petrolul Ploiesti di Romania.

Turut pernah mendapat panggilan bersama skuad Bawah-21 Perancis pada 2009, Gnabouyou turut pernah beraksi di Liga Inggeris bersama Torquay United pada 2017.

Kuala Lumpur sebelum ini turut menandatangani seorang pemain import dari Kyrgyzstan, Azamat Baimatov di posisi pertahanan.

Daripada senarai pemain import pada musim lalu pula, hanya Paulo Josue telah dikekalkan, dan dilantik selaku kapten pasukan untuk menharungi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Manakala antara pemain tempatan yang menyertai Kuala Lumpur pada musim akan datang ialah seperti Akram Mahinan (PKNS FC) dan Shukor Adan (Melaka United).

Skuad warga kota itu juga bakal dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Nidzam Adhza Yusof untuk musim baru yang bakal tiba.

Selain daripada Gnabouyou, Kuala Lumpur dijangka akan meneruskan misi mencari pemain import yang bersesuaian untuk memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula Liga Premier 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN