Wan Kuzain: Cinta Kepada Malaysia Dan AS Tidak Lebih Antara Satu Sama Lain

Wan Kuzain Wan Kamal bukanlah satu nama yang asing buat peminat bola sepak di Malaysia. Anak kedua kepada pasangan Melayu yang menetap di Carbondale, Illinois ini bermain untuk pasukan liga utama Amerika Syarikat (AS)iaitu Sporting Kansas City (SKC).

Major League Soccor (MLS) bukanlah calang-calang liga. Beberapa pemain handalan dunia pernah beraksi bersama pasukan-pasukan yang bermain di liga itu seperti David Villa, Andrea Pirlo, Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Luis Nani dan Carlos Vela.

Ini bermakna, keberadaan seorang pemain yang mempunyai darah Malaysia di sebuah liga yang sangat kompetitif seperti itu tentunya amat membanggakan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini Wan Kuzain hampir-hampir menyertai skuad bawah 22 tahun (B-22) negara bagi bersaing di kejohanan Sukan SEA 2019 di Filipina, namun demikian hasratnya itu terbantut selepas mengalami masalah dokumentasi.

Ketika Wan Kuzain ditemubual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM baru-baru ini, pemain berusia 21 tahun itu mengakui beliau teruja dengan skuad muda negara yang diyakini mempunyai masa depan yang baik.

“Pasukan kebangsaan Malaysia mempunyai masa depan yang cerah. Jika lihat pasukan muda negara, mereka mendapat hasil keputusan yang cemerlang dalam beberapa kejohanan besar di Asia.

“Contohnya pasukan bawah 19 tahun dalam pertandingan sebelum ini, saya tidak ingat kejohanan apa, tetapi saya dapat tahu mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia. Sejujurnya saya melihat pasukan itu sangat bagus.” katanya lagi.

Apabila disoal sama ada beliau berminat untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia, pemain yang pernah dipanggil menyertai skuad B-17 AS itu tidak menolak mengenai kemungkinan tersebut.

“Semoga satu hari nanti. Seperti yang saya katakan, bagi kedua-dua negara, saya menganggap AS memberikan makna yang besar kepada saya dan Malaysia juga begitu.

“Satu negara tidak lebih ‘tinggi’ daripada satu yang lain. Akhirnya apabila pilihan perlu dibuat, ianya sudah tentu tidak menjadi keputusan yang mudah untuk dilakukan.

“Ia memerlukan banyak perkara untuk difikirkan. Saya perlu berbincang dengan banyak pihak termasuk kawan-kawan dan keluarga. Tetapi satu hari nanti saya tetap perlu memutuskannya.”

Wan Kuzain ketika berada di Malaysia dilihat telah turun ke program klinik bola sepak di beberapa buah sekolah bagi memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalamannya.

Beliau kemudian ditanya mengenai perasaannya sepanjang berada di negara ini dan responnya mengenai peminat beliau yang sangat ramai di Malaysia.

“Saya sangat menghargainya. Terima kasih kepada semua peminat serta penyokong bola sepak Malaysia dan semua pihak secara umumnya. Semuanya baik-baik sahaja sejak mula saya sampai di sini.

“Setiap kali saya melawat [negara ini], saya boleh merasakan kasih sayang dan rasa dialu-alukan. setiap kali saya berjalan di mana-mana, saya diminta untuk bergambar bersama.”

Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak, ianya ternyata tidak mudah untuk Wan Kuzain dalam membuat pilihan. Walau apa pun keputusannya, semoga ianya memberi kebaikan kepada karier beliau di masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN