UCL: Gol Dari Sudut Sukar Mo Salah Warnai Kemaraan Liverpool

Juara bertahan, Liverpool meneruskan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati selepas menewaskan RB Salzburg 2-0 di tempat lawan.

Salzburg ternyata memberikan tentang sengit pada separuh masa pertama. Mereka menekan Liverpool dan mencipta beberapa siri peluang gol namun dinafikan oleh Alisson dan juga kelemahan teknik mereka.

Liverpool memiliki peluang sangat terhad pada separuh masa pertama namun The Reds patut lebih baik dalam penyudah.

Sadio Mane dan Mohamed Salah memiliki peluang keemasan.

Untuk Salah, beliau berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol namun gagal menyempurnakannya.

Bersambung aksi babak kedua, Liverpool memperbaiki kualiti mereka.

Mohamed Salah sekali lagi dalam situasi 1 lawan 1 namun gagal menyempurnakannya.

Naby Keita kemudian memiliki peluang beliau hasil umpanan daripada Mohamed Salah tetapi dihalang penjaga gol.

Dan tiba minit ke-57, Naby Keita akhirnya membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat. Ianya apabla beliau menerima hantaran cantik daripada Sadio mane dan menanduk masuk dengan tenang.

Hanya berselang seminit, Mohamed Salah memastikan beliau dalam senarai penjaring dengan melakukan gol yang tidak masuk akal.

Salah melarikan bola ke kawasan hujung padang dan terus merembat masuk.

Liverpool memiliki beberapa lagi peluang gol. Namun mereka mempersiakannya.

Salzburg pula tidak ada idea untuk menembusi Alisson.

Liverpool menang 2-0 dan mara selaku juara kumpulan E.

Manakala RB Salzburg pula akan beraksi dalam pusingan 32 akhir Liga Europa.

Saksikan aksi di antara kedua-dua pasukan di sini:

Dalam satu lagi aksi, Napoli menang muda 4-0 ke atas Genk untuk mengesahkan kemaraan mereka mengiringi pasukan Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN