Osas Saha gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam pertemuan Malaysia- Indonesia semalam, dan pengendali sementara, Yeyen Tumena tetap berada di belakang pemain itu kali ini.
Kegagalan menyempurnakan sepakan penalti itu bagaikan ‘turning point’ kepada pengusaan Malaysia di dalam perlawanan tersebut, yang tampil dengan aksi lebih yakin untuk meraih kemenangan sehingga ke wisel penamat.
Malah Malaysia memiliki beberapa peluang keemasan untuk melebarkan kedudukan selepas kegagalan Saha. Pasukan negara pada ketika itu sudah mendahului 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid pada setiap babak permainan.
Sebelum penalti, Indonesia seperti memiliki momentum untuk bangkit. Minit ke-82 Farizal Marlias dipersalahkan kerana menjatuhkan Feberi Haryadi di dalam kotak penalti.
Kegagalan Osas Sahamenyempurnakan penalti tersebut dilihat seperti memadam terus sisa kebangkitan Sang Garuda di Bukit Jalil.
“[Mengenai kegagalan penalti Osas], semua pemain pernah gagal dalam melakukan menyempurnakan sepakan penalti.
“[Diego)] Maradona dan [Lionel] Messi pun juga pernah gagal,” ujar Yeyen pada sidang media selepas perlawanan.
“Tapi apapun, pertandingan hanya berlangsung 90 minit dan keputusan perlawanan sudah ada, kita tidak boleh mengubahnya,” tambah Yeyen lagi.