Amri Yahyah Ucap Selamat Tinggal Kepada Selangor

Penyerang Selangor, Amri Yahyah mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Selangor melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram sebentar tadi.

Pemain veteran berusia 38 tahun itu kembali menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua 2017, selepas berkelana bersama JDT pada 2014 sehingga 2016 dan juga Melaka United selama setengah musim.

“Terima kasih pada pengurusan baru FAS memberikan kerjasama selama ini. Banyak yg perlu diperbaiki & dipelajari,” ujar beliau melalui kenyataan tersebut.

“Setinggi penghargaan & jutaan terima kasih buat pengurusan lama FAS, yang mengcungkil bakat semula jadi yang ada pada diri saya juga hampir merealisasikan impian saya untuk menghabiskan sisa kudrat untukk berbakti pada negeri kelahiran saya. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik kalian.

 

View this post on Instagram

 

Berakhir sudah sesi 2019. Kite hanya merancang, Allah jua yang tentukan. Ibarat sireh pulang ke gagang tapi terhenti ditengah jalan. Bukan kacang lupakan kulit, begitu jua istilah lupa daratan. Pasti ada hikmahnya disetiap kejadian. . Terima kasih pada pengurusan baru FAS memberikan kerjasama selama ini. Banyak yg perlu diperbaiki & dipelajari. . Setinggi penghargaan & jutaan terima kasih buat pengurusan lama FAS, yang mengcungkil bakat semula jadi yg ada pada diri saya juga hampir merealisasikan impian saya untuk menghabiskan sisa kudrat utk berbakti pada negeri kelahiran saya. Hanya Allah dpt membalas budi & jasa baik kalian. . Kepada yg sentiasa menyokong saya dari bermulanya kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak hinggalah ke saat ni, terima kasih. Sokongan anda semua akan saya abadikan sebagai kenangan terindah. . Pada ‘peminat gelap’ saya, kerana anda saya masih ada disini. Terima kasih atas segala kata-kata ‘pemberi semangat’. . All the best Red Giant ! ? . Mohd Amri B Yahyah

A post shared by Amri & Izza (@ratu_amri) on

“Kepada yg sentiasa menyokong saya dari bermulanya kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak hinggalah ke saat ni, terima kasih. Sokongan anda semua akan saya abadikan sebagai kenangan terindah.”

Pemain kelahiran Tanjung Karang ini memulakan karier bersama Selangor pada musim 2001.

Sepanjang karier profesional, Amri pernah menjuarai lima kejuaraan Liga Super, empat gelaran Piala FA, dan dua kejuaraan Piala Malaysia bersama pasukan-pasukan yang diwakilinya.

Kejayaan termanis ketika bersama JDT pastinya ketika membantu skuad Harimau Selatan muncul juara Piala AFC pada 2015.

Leave a Reply