Guardiola: Phil Foden Tidak Akan Dijual Walaupun Dengan Nilai €500 Juta

Foden

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa pemain muda berbakat besar, Phil Foden menjadi satu-satunya aset penting yang tidak akan dijual olehnya.

Pengendali kelahiran Santpedor, Catalonia itu turut menjelaskan sebarang tawaran tidak akan dilayan walaupun ‘disuapkan’ dengan nilai sehingga €500 juta.

Penghujung tahun lalu, Foden yang berusia 19 tahun telah menandatangani kontrak tempoh jangka panjang untuk terus kekal di Etihad Stadium sehingga 2024.

Persaingan yang cukup hebat serta himpunan nama besar di jentera tengah bagaimanapun menyaksikan peluang buat Foden untuk beraksi kelihatan cukup tipis pada ketika ini.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Phil Foden hanya beraksi selama 10 minit pada perlawanan sulung menentang West Ham United dan selepas itu hanya memanaskan bangku sumpanan.

Namun, ia bukanlah alasan buat Guardiola untuk melepaskan prospek masa depan kelab tersebut.

”Kami tidak menawarkan kontrak baharu buat Foden secara tidak sengaja. Dia merupakan satu-satunya pemain yang tidak akan dijual dengan jua keadaan sekalipun – hanya seorang pemain. Walaupun dengan nilai €500 juta.”

”Phil [Foden] tidak akan kemana-mana. Phil adalah ‘City’. Kami tidak akan menandatangani mana-mana pemain pada posisi tersebut [tengah].”

”Apabila David Silva meninggalkan pasukan, kami tahu siapa akan menjadi ‘ahli silap mata’ [merujuk kepada Foden] yang baharu.”

Sebelum ini, Pep Guardiola dan Manchester City telah kehilangan khidmat dua pemain muda mereka iaitu Jadon Sancho [Borussia Dortmund] dan Brahim Diaz [Real Madrid].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN