Selepas memulakan dua perlawanan saingan Serie A musim ini di tempat lawan, Napoli dijadualkan bertemu di Sampdoria di San Paolo pada Ahad ini, sebelum menerima kunjungan Liverpool untuk perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tiga hari kemudian.
Namun situasi terkini di Stadium San Paolo amat menyedihkan, menyebabkan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti meluahkan kekecewaan beliau terhadap kerja-kerja baik pulih yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Naples.
Melalui satu kenyataan di laman sesawang Napoli, Ancelotti menganggap pihak perbandaran seakan-akan tidak pernah serius atau tidak pernah mahu ambil peduli akan nasib Napoli, sebagai kelab tempatan di situ.
Carlo Ancelotti is NOT happy, and rightfully so ?? pic.twitter.com/kOYPatse1d
— Italian Football TV (@IFTVofficial) September 12, 2019
“Saya tiba untuk melawat bilik persalinan. Tiada kata-kata yang boleh saya ungkapkan.
“Saya pasrah dengan permintaan kelab untuk beraksi dua perlawanan berturut-turut di arena lawan untuk membenarkan kerja pembaikan disiapkan seperti yang sepatutnya.
“Di dalam tempoh dua bulan, anda boleh membina sebuah rumah. Tetapi mereka ini gagal walaupun untuk melakukan kerja tambah baik sebuah bilik persalinan!
“Di mana seharusnya pemain menukar pakaian dalam perlawanan menentang Sampdoria dan Liverpool?”
Selain dari bilik persalinan, kerja naik taraf tersebut sepatutnya datang dengan sebuah skrin gergasi, lampu baharu dan sistem keselamatan lain seperti CCTV.
“I’m shocked at the incompetence of the people in charge”.
Napoli boss Carlo Ancelotti is “dismayed” at the state of the changing rooms at their home ground – and he’s not held his tongue.
This is quite something. ?
? https://t.co/OwUiSwc3YX pic.twitter.com/S86W3uVmLy
— BBC Sport (@BBCSport) September 12, 2019
Walaupun pihak majlis bertegas penangguhan kerja naik taraf itu tidak akan mengganggu skuad kendalian Ancelotti, jurulatih itu nyata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.
“Saya sangat marah dengan kelemahan dan kekurangan pihak yang sepatutnya menyiapkan kerja ini,” tambah beliau.
“Bagaimana sebuah wilayah, sebuah majlis, atau agensi penguasa tidak mengambil berat akan komitmen yang dijanjikan?
“Saya melihat ia sebagai sebuah penghinaan kepada pasukan dan kelab yang berasal dari bandar ini sendiri.”
Di Itali, kebanyakkan stadium adalah hak milik majlis perbandaran masing-masing. Sementara usaha untuk membina stadium sendiri memerlukan pelaburan yang besar, dan kelulusan yang sukar diperolehi dari pihak majlis.