VIDEO: Saksikan Teaser Dokumentari This Is Derbi Nusantara

Derbi Nusantara adalah antara derbi bola sepak yang paling panas di dunia. Ianya merupakan derbi antarabangsa ataupun derbi serantau.

Ia selayaknya digelar derbi kerana Malaysia dan Indonesia memiliki banyak ciri-ciri persamaan budaya dan bahasa. di lapangan bola sepak ianya telah menjadi satu permusuhan yang penuh dengan ego, kecintaan dan semangat.

Indonesia dan Malaysia merupakan negara rumpun Melayu. Jadi perkataan derbi sangat sesuai berbanding dengan sekadar digelar perseteruan ataupun rivalitas.

FAM

Fox Sports Asia telah mengeluarkan satu teaser untuk dokumentari khas terbitan mereka yang berjudul: This Is Derbi Nusantara.

Fox memberikan keterujaan kepada penyokong dengan kapsyen:

“Anda pernah mendengar perseteruan terbesar dalam bola sepak dunia. Dari Superclassico di Argentina sehinggalah ke Revierderby di Jerman, diikuti derbi Tehran di Iran.”

“Namun di satu sudut di Asia Tenggara, adanya pertempuran yang berterusan, mengejar kebanggaan dan identiti. Dan minggu lalu, Jakarta sekali lagi menjadi medan pertempuran pertama ‘Battle Royale’ yang sebenar. Ianya penuh debaran.”

“Ianya sangat menarik dan membuatkan anda ternganga. Ianya sangat romantik. Namun ianya juga sangat panas. Inilah cerita tentang Derbi Nusantara.”

Tarikh tayangan masih belum diumumkan. Namun apa yang pasti kami sudah tak sabar dan tidak mahu terlepas untuk menyaksikannya. Saksikan teaser di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN