Piala Malaysia 2019: Kedah Curi Tiket Ke Suku Akhir, Negeri Sembilan Nyalakan Peluang

Baddrol Bakhtiar Kedah Negeri Sembilan Piala Malaysia

Aksi Kumpulan A, Piala Malaysia 2019 menyaksikan Kedah terlebih dahulu mengesahkan tiket ke suku akhir menewaskan Terengganu FC, sementara Negeri Sembilan mendekatkan jurang mata apabila menang ke atas PKNS FC di halaman lawan, pada malam tadi.

Kedah layak selepas mengumpul 10 mata, meletakkan Terengganu di kedudukan kedua dengan 9 mata, sementara Negeri Sembilan di kedudukan ke-3 dengan enam mata. PKNS FC sah tersingkir selepas hanya mengumpul empat mata berbaki satu perlawanan.

Baddrol Bakhtiar bantu Kedah layak

Hasrat Terengganu FC untuk layak lebih awal tertangguh lagi selepas tewas kepada Kedah dengan keputusan 2-3 di halaman sendiri apabila jaringan Baddrol Baktiar, empat minit sebelum perlawanan berakhir memberikan pelawat tiga mata penting.

Beraksi di hadapan hampir 10 ribu penyokong di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah langsung tidak mengganggu Helang Merah apabila penyerang import, Jonatan Bauman berhasil meledak gol pembukaan seawal minit ke-4 – gol kelimanya di Piala Malaysia.

Lee Tuck berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi sepakan penalti sebelum pemain import Kyrgysztan, Edgar Bernhardt meletak semula Kedah di depan empat minit kemudian, selepas menerima hantaran Farhan Roslan.

Minit ke-60, pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff kembali mengikat kedudukan untuk Sang Penyu selepas memanfaatkan hantaran dari sepakan percuma yang diambil kapten, Lee Tuck.

Di saat keputusan seri dilihat penyelesaian terbaik buat kedua-dua pasukan, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang berubah posisi ke bahagian sayap sepenuh masa di perlawanan ini menyudahkan peluang terhidang hasil susulannya di depan gawang.

Tiga mata kedua buat skuad Jang

Di Stadium Shah Alam, PKNS FC telah gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas Negeri Sembilan merekodkan kemenangan kedua di pusingan timbal balik ini dengan keputusan 3-1.

Selepas mengejutkan Terengganu pada minggu ke-4 yang lalu, skuad Jang seakan-akan memperolehi tonik terbaik menghidupkan peluang ke suku akhir sekali lagi menerusi aksi baik Ferris Danial Mat Nasir yang telah meledak dua gol pada malam tadi.

Ferris Danial meletak Negeri Sembilan di depan menerusi jaringan di minit ke-42 sebelum penalti yang disempurnakan Kpah Sherman berjaya mengikat kedudukan 1-1 berakhir aksi babak pertama.

Minit ke-56, Ferris Danial meledak gol kedua dan ke-4 peribadinya di Piala Malaysia untuk pelawat di depan sebelum Igor Luiz berjaya menambah gol ketiga Negeri Sembilan di penghujung perlawanan untuk mematikan terus peluang dan perjuangan PKNS FC.

Kredit Featured Image: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN