Kami sahajakah yang ingat Lucas Piazon sudah lama dijual oleh Chelsea? Mungkin ramai penyokong Chelsea sendiri pun lupa akan nama ini.
Terbaru, Lucas Piazon menyatakan kemarahan beliau selepas dipinjamkan untuk kali ke-7 dalam karier beliau.
Kali ini Piazon dipinjamkan ke kelab Rio Ave di Portugal.
OFFICIAL: Rio Ave have signed Brazilian winger Lucas Piazón from Chelsea on a season-long loan. pic.twitter.com/981ZJstcSL
— Transfer News Central (@TransferNewsCen) September 3, 2019
Piazon, 25, berpendapat masa hadapan beliau di Chelsea suah berakhir dan meminta kelab itu menjual beliau terus.
Sejak menyertai Chelsea, pada 2011, beliau hanya membuat 3 penampilan dengan skuad utama. Yang selebihnya hanyalah cerita dipinjamkan semusim ke kelab lain.
Sepanjang tempoh itu, beliau sudah dipinjamkan ke kelab di 5 negara berbeza. Kelab-kelab itu adalah, Malaga, Vitesse, Eintracht Frankfurt, Reading, Fulham dan Chievo, dan kini Rio Ave.
Piazon melanjutkan kontrak beliau dengan Chelsea sehingga 2022 sebelum ini, dan berharap itu petanda beliau akan diperlukan dalam pasukan Chelsea pada kali ini – yang tidak boleh membeli sebarang pemain.
Namun, sebaliknya pula yang berlaku.
Piazon memberitahu A Bola: “Masa saya di Chelsea sudah berakhir. Saya sekarang sudah berusia 25 tahun dan sudah dipinjam banyak kali. Saya berada di Chelsea sejak 2011 dan telah dipinjamkan hampir ke seluruh bahagian di Eropah.”
“Saya sudah letih, dihantar bermain ke sana dan ke sini. Saya mahu mencari kelab untuk saya jadikan seperti rumah sendiri. Saya mahu tahu, Julai akan datang. Sama ada saya akan kembali ke tempat sama ataupun rumah yang sama.”
'My time at Chelsea is over': Lucas Piazon insists he will not return #CFC https://t.co/5dfJ9UNPXp
— Chelsea Talk (@ChelseaFC_TT) September 10, 2019
“Prestasi saya baik dalam tempoh pinjaman. Namun setiap kali saya kembali, saya akan dipinjamkan keluar lagi. Jadi, sia-sialah saya pergi ke kelab lain secara pinjaman, bermain baik, apabila kembali, Chelsea tak mahu gunakan saya dan pinjamkan saya ke tempat lain lagi dan lagi.”
“Ada satu fasa di dalam karier kamu, perkara seperti ini membuatkan kamu tidak dapat menerimanya. Dalam pada itu, saya pernah luahkan perkara yang sama kepada Chelsea, dan ia mengundang rasa tidak selesa di sana.”
“Saya tidak mahu hanya menyalahkan Chelsea kerana saya sendiri pun menerima semua ini. Namun, sudah tentu, sampaikan tiba satu masa, saya fikir, apabila anda dipinjamkan keluar, bermakna anda tidak diperlukan dan saya perlu meneruskan hidup.”
Piazon menyatakan beliau sangat gembira ketika dipinjamkan ke Fulham selama 2 musim. Namun peliknya, Chelsea tidak mahu pula melepaskan beliau secara tetap ke sana.
https://twitter.com/FulhamishPod/status/1171450024108032001
Piazon dijangka akan membuat debut bersama Rio Ave pada Sabtu ini menentang Tondela.