Antoine Griezmann gagal menyempurnakan penalti dalam aksi kelayakan Euro 2020 berhadapan dengan Albania. Perancis menang besar 4-1 dalam aksi tersebut.
Griezmann melakukan rembatan deras yang terkena palang gol. Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Griezmann berseloroh menyatakan, penalti beliau tak masuk, mungkin kerana isterinya tidak menonton perlawanan.
Griezmann berjanji akan memperbaiki lagi kualiti sepakan penalti beliau.
Griezmann berkata: “Saya tak tahu, saya tak tahu, kenapa ia boleh tak masuk.”
“Macam yang saya katakan sebentar tadi, mungkin masa saya ambil sepakan itu, isteri saya tidak menonton aksi itu. Sebab itulah bola itu tak masuk.”
“Secara dinamik ianya bagus, namun anda tidak boleh menjaringkan gol setiap masa. Malang sekali, bola tak masuk. Namun saya akan berusaha untuk memperbaikinya.”
🎙️ [SPORT] | Griezmann: "I missed the penalty because my wife was not watching the game" pic.twitter.com/jFL9IBZNuA
— BarçaTimes (@BarcaTimes) September 8, 2019
Ditanya tentang kelewatan sepak mula kerana kesilapan pegawai stadium yang terputar lagu kebangsaan yang salah.
Momen di mana, pemain Albania terpinga-pinga mendengar lagu kebangsaan Andorra berkumandang. Lebih memalukan, pengumuman maaf dibuat dan ia ditujukan kepada Armenia.
Griezman berkata: “Kami semua terkejut dan tergamam. Ianya kesilapan besar yang tidak harus diulangi lagi.”
“Kami tunggu, sehingga mereka dapat lagu yang betul. Jika kami di tempat mereka pun, kami akan sedikit kecewa.”
Dalam sesi latihan semalam, Griezmann benar-benar melakukan latihan penalti.