Juventus Mahukan De Gea Secara Percuma

Juventus dilaporkan memantau secara dekat perkembangan kontrak David De Gea di Old Trafford. Buat masa ini, penjaga gol dari Sepanyol itu dilaporkan masih belum melanjutkan kontrak beliau dengan Manchester United.

United dan De Gea melakukan beberapa siri perbincangan kontrak sebelum ini termasuk tawaran terakhir dengan gaji £350,000 seminggu. Namun kesemuanya gagal menemui kata putus.

Ole Gunnar Solskjaer yakin De Gea akan memberikan komitmen jangka panjang kepada Manchester United.

Jika tiada persetujuan dicapai di antara De Gea dan Manchester United, Juventus akan memulakan rundingan dengan pihak De Gea pada Januari 2020.

Kontrak semasa De Gea akan berakhir pada musim panas akan datang. Ini bermakna pada Januari ini, De Gea akan menjadi ejen bebas.

https://twitter.com/RedDevilCentral/status/1170618807641157632

Jika itu berlaku, Man United bakal kehilangan sejumlah wang yang besar daripada De Gea. Ini kerana pada pasaran semasa De Gea memiliki nilai yang tinggi untuk penjaga gol.

Juventus digelar sebagai pakar untuk perpindahan percuma melibatkan nama-nama besar. Musim ini sahaja mereka berjaya mendapatkan Adrien Rabiot dan Aaron Ramsey secara percuma.

Juventus mahu mendapatkan De Gea bagi menggantikan Wojciech Szczesny.

Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici menyahut seruan daripada Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli yang mahukan UCL dibawa pulang ke Turin.

Agnelli berpendapat, Juventus perlu memenangi UCL untuk melengkapkan pencapaian gemilang mereka pada era moden. Kali terakhir Juventus menang UCL adalah pada 1996.

Namun begitu, Juventus akab berhadapan dengan persaingan daripada pasukan seperti PSG yang sebelum ini sudah membuka langkah untuk mendapatkan De Gea. Namun ditolak oleh United.

Seterusnya, Real Madrid juga mungkin akan menghidupkan semula minat mereka ke atas De Gea jika prestasi Thibaut Courtois terus tidak seperti yang diharapkan.

Manchester United pula dilaporkan sudah mengenalpasti beberapa potensi pengganti, jika De Gea berpindah ke kelab lain.

Calon utama mereka ialan Jan Oblak, penjaga gol Atletico Madrid.

Manchester United masih yakin mereka akan dapat memujuk De Gea untuk melanjutkan lagi kontrak beliau di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN