Kena Belasah Kerana Kacau Teman Wanita Orang, Drinkwater Mahu Jumpa Sean Dyche

Danny Drinkwater mengesahkan beliau mahu berjumpa dengan Sean Dyche bagi membincangkan situasi beliau.

Drinkwater menjadi sasaran sekumpulan gangster dan diserang di sebuah kelab malam di Manchester.

Drinkwater dipaksa keluar oleh pengawal keselamatan kelab malam tersebut.

Jurucakap kepada Danny Drinkwater berkata: “Danny menerima dan meletakkand dirinya pada kedudukan untuk dikritik. Beliau akan menelan segala kritikan yang ditujukan kepadanya.”

“Beliau tahu, beliau tidak sepatutnya menjadi sasaran, dan beliau mahu menjauhkan diri daripada situasi ini.”

“Beliau akan berbincang dengan kelab secara tertutup dan jujur.”

Menurut laporan, Drinkwater akan bertemu Sean Dyche pada hari ini. Drinkwater kini sedang dalam tempoh pinjaman di Burnley.

Namun buat masa ini, Drinkwater tidak pula menyatakan beliau mahu menamatkan kontrak pinjaman beliau di Turf Moor.

Drinkwater menjadi sasaran samseng di Manchester selepas dilihat bermesra-mesra dengan teman wanita seorang lagi pemain bola sepak.

Beliau ketika itu keluar malam selepas pasukannya tewas di tangan Liverpool.

Laporan menyatakan, Drinkwater telah diberikan amaran untuk menjauhi wanita tersebut. Namun beliau berdegil dan berterusan mendekati wanita yang dikatakan teman wanita Kgosi Ntlhe – pertahanan Scunhthorpe.

Kejadian itu berlaku di kelab hiburan Chinawhite di Manchester.

Selepas dihalau keluar oleh petugas keselamatan kelab malam tersebut, Danny Drinkwater telah dikejar oleh kira-kira 6 orang lelaki yang menyerang beliau dengan objek tumpul.

Penyerang telah memukul pergelangan kaki Drinkwater. Bahagian kaki yang beliau cedera sebelum ini. Serangan itu membuatkan Drinkwater dilaporkan tidak dapat beraksi dalam tugasan minggu ini.

Beliau juga mungkin akan terpaksa berehat lebih panjang, kerana kecederaan itu.

Selain daripada ligamen, serangan itu juga membuatkan terdapat luka di bahagian badan yang lain termasuk di wajah dan matanya yang bengkak.

Samseng-samseng tersebut turut menjerit: “patahkan kaki dia.”

Ketika serangan, Drinkwater dikatakan hanya mampu menahan dan meringkukkan badannya.

Pihak polis mengesahkan bahawa serangan itu tiada kaitan dengan Kgosi Nthle, dan tiada keperluan untuk menyiasat pemain tersebut.

Jurucakap Drinkwater berkata, pemain itu akan cuba untuk membersihkan namanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN