Piala Cabaran 2019: Nik Akif Mahu Rakan Sepasukan Lebih Tenang Hadapi JDT II

Nik Akif

Pemain tengah Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat berharap rakan sepasukan beraksi lebih tenang berdepan Johor Darul Ta’zim II ( JDT II ) dalam aksi terakhir peringkat kumpulan A Piala Cabaran 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang malam ini.

Kelantan ketika ini mengutip tiga mata di tangga kedua dengan JDT II unggul di kedudukan teratas dengan enam mata manakala Sarawak di tangga tercorot.

Mahu atau tidak, Kelantan perlu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka untuk memastikan kedudukan lebih selesa bagi mara ke separuh akhir.

Justeru, Nik Akif menyifatkan disiplin dan ketenangan di atas padang pasti menjadi kunci untuk mereka menguasai perlawanan sekali gus meraih kemenangan berharga.

“Persiapan ketika ini saya boleh katakan cukup rapi dan kami semua sudah bersedia dengan segala perancangan yang telah diatur oleh jurulatih (Yusri Che Lah).

“Memang kita kena menang juga menentang JDT II kerana Kelantan dan Sarawak masing-masing raih tiga mata setakat ini dan macam-macam boleh berlaku.

“Apa yang penting, kita tidak boleh terlalu ghairah atau gopoh kerana itu boleh membuka ruang kepada lawan untuk atasi kita dan pasukan seharusnya beraksi dengan tenang untuk pastikan setiap peluang digunakan secukupnya”, jelasnya.

Sementara itu, Kapten pasukan JDT II, Mohd Shakir Shaari pula menganggap perlawanan menentang Kelantan ini tidak boleh dipandang enteng kerana sudah pasti skuad kendalian Yusri Che Lah itu akan bermain habis-habisan.

Walaupun JDT II kini gah di tangga teratas dengan dua kemenangan berturut-turut, itu tidak menjadikan mereka selesa kerana perlu menghadapi dua lagi baki perlawanan di mana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Perlawanan yang bukan mudah kerana Kelantan memiliki pemain-pemain berkualiti selain pantas di atas padang, dan mereka sememangnya inginkan kemenangan untuk aksi terakhir ini.

“Kita memang sasar untuk ke final tapi semua pemain perlu fokus perlawanan demi perlawanan terlebih dahulu dan tidak boleh padang mudah setiap lawan.

“Apa-apa pun, kita perlu cuba sebaik mungkin untuk memastikan baki dua aksi ini akan memberikan kemenangan berharga kepada JDT II untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN