Aksi di Gelora Bung Karno Dicemari Keganasan Penyokong Tuan Rumah

Perlawanan di antara pasukan Malaysia dan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta yang baru sahaja berakhir sebentar tadi telah dicemari dengan insiden rusuhan penyokong tuan rumah.

Semasa perlawanan sedang berlangsung, sekumpulan penyokong Garuda dilihat menceroboh masuk dan menyerang penyokong Malaysia di kawasan yang telah dikhususkan untuk penyokong pasukan pelawat.

Laporan video juga menunjukkan penyokong tuan rumah yang tidak bertanggungjawab telah bertindak di luar batasan dengan melempar bom asap, botol-botol (termasuk yang diisi dengan air kencing) serta objek keras lain ke arah.

Akibat daripada serangan balingan objek itu, seorang penyokong Malaysia telah pengsan dan kemudiannya diusung oleh pasukan perubatan untuk diberi rawatan.

https://twitter.com/wazifalcantara/status/1169624474221547521?s=20

Insiden-insiden yang berlaku ini langsung tidak menepati jaminan yang diberikan oleh pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pasukan keselamatan mereka seperti yang telah mereka janjikan sebelum ini.

Sebelum bermula perlawanan pada petang tadi lagi telah berlaku kekocohan di mana puluhan penyokong Indonesia bertindak membaling batu dan beberapa objek lain semasa pergerakan penyokong Malaysia masuk ke dalam stadium.

Ini bukanlah kali pertama insiden keji seperti ini berlaku. Apakah pihak berkuasa Indonesia masih tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa hitam yang telah berlaku sebelum ini?

Walau apa pun, syabas diucapkan kepada pemain Harimau Malaya yang berjaya menyerap tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah dan berjuang bermati-matian hingga ke saat akhir.

Kami dari SemuanyaBOLA mendoakan pemain, pegawai dan Ekor Harimau Malaya di Jakarta dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN