VIDEO: Saksikan Detik Cemas Penyokong Malaysia Diserang Di Bung Karno

Seramai 300 penyokong Malaysia yang hadir di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta mengalami detik cukup sukar buat mereka.

Mereka diserang oleh penyokong tuan rumah yang berlari ke arah kawasan penyokong Malaysia dengan perasaan amarah dan mahu mencederakan rakyat kita.

Dalam video ini, terdapat rakaman dari jarak dekat beberapa penyokong Indonesia yang cuba untuk menyerang penyokong negara sewaktu dalam stadium.

Pujian harus diberikan kepada pegawai polis Indonesia yang berjaya menangkap beberapa pemuda Indonesia yang berlari dan hampir mendekati penyokong Malaysia.

Dalam video berasingan, terdapat rakaman insiden yang sama dari jarak jauh menyaksikan penyokong tuan rumah merampas bendera dari penyokong Malaysia.

Mereka membawa lari bendera dari penyokong pasukan negara tapi dari rakaman ianya tidak jelas menyatakan bendera apa yang dibawa lari penyokong tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN